awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Taman tema Genting Highlands dilapor terbakar

Astro Awani
Astro Awani
14/06/2024
09:54 MYT
[TERKINI] Taman tema Genting Highlands dilapor terbakar
Difahamkan, insiden kebakaran melibatkan bangunan empat tingkat berkenaan. - Sumber foto JBPM
BENTONG: Satu kebakaran dilaporkan berlaku di taman tema Genting Skyworlds (outdoor), Genting Highlands sekitar jam 4.55 petang, Jumaat.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Genting Highlands, kejadian dipercayai melibatkan sebuah bangunan empat tingkat di taman peranginan berkenaan.
"Jentera JBPM dari Genting Highland dan dibantu pasukan penyelamat dari Bentong dan Janda Baik sudah digerakkan ke lokasi insiden," kata jurucakap ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Datuk Ir Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa, pihaknya tiba di lokasi kejadian pada jam 5.01 petang.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Terdahulu, kejadian tersebut dikongsi beberapa pengguna laman media sosial, yang dipercayai pengunjung di kawasan peranginan tersebut.
Difahamkan, pengunjung dan kakitangan dari bangunan berdekatan telah juga diarahkan mengosongkan premis berkenaan.Jelas beliau, kebakaran melibatkan bahagian luar bangunan tingkat dua hingga tingkat empat taman tema tersebut.
Wan Mohammad Zaidi menambah, empat balai bomba terlibat dalam proses pemadaman melibatkan 36 anggota dan tiga pegawai dari balai Genting Highland, Bentong, Janda Baik dan Selayang.
Katanya, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya sekitar jam 6.30 petang.
Topic Berkaitan
#Taman Teman Genting Highland terbakar
#JBPM
#Genting Highlands
#Taman tema Genting Skyworlds
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan