NATIONAL
Terlalu banyak publisiti ganggu siasatan kes culik Pastor Raymond - KPN

Justeru Khalid meminta agar masyarakat memberi kerjasama dan tidak menyebarkan berita yang tidak pasti.
Selepas 35 hari kes penculikan pastor Raymond Koh Keng Joo, polis mengesahkan tiada petunjuk baharu mengenainya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ia berikutan terlalu banyak publisiti yang mengganggu siasatan.
“Saya amat risau kerana siasatan kita buntu dan kita tidak ada maklumat maklumat lanjut berkenaan kehilangan pastor dan saya percaya akibat daripada terlampau banyak publisiti kepada kehilangan pastor ini,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.
Justeru Khalid meminta agar masyarakat memberi kerjasama dan tidak menyebarkan berita yang tidak pasti.
Raymond dipercayai diculik sekumpulan lelaki bertopeng di Jalan SS4B/10, Petaling Jaya, Selangor, 13 Februari lalu.
Mangsa kali terakhir dilihat memandu kereta model Honda Accord berseorangan pada hari kejadian.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami