awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tersepit dalam kemalangan babitkan dua kenderaan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
05/01/2020
13:20 MYT
Tersepit dalam kemalangan babitkan dua kenderaan
Kejadian berlaku di Kampung Alor Janggus, Napoh pada jam 5.15 petang membabitkan dua buah kereta. - Foto JBPM
Bomba terpaksa mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan seorang lelaki yang tersepit dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pada petang Ahad.
Kejadian berlaku di Kampung Alor Janggus, Napoh pada jam 5.15 petang membabitkan dua buah kereta.
Mangsa, Yong Kok Fee, 39, bagaimanapun patah tangan dan kaki kanan akibat kemalangan itu.
Difahamkan, mangsa yang memandu kereta Toyota Corolla ketika itu dalam keadaan lemah ditenangkan orang awam sebelum anggota bomba tiba manakala pemandu kenderaan Grand Livina tidak mengalami sebarang cedera.
Pihak bomba sedang mengeluarkan mangsa yang tersepit. - Foto ihsan JBPM
Pihak bomba sedang mengeluarkan mangsa yang tersepit. - Foto ihsan JBPM
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sebaik menerima panggilan, sepasukan anggotanya dari BBP Bukit Kayu Hitam dikejarkan ke lokasi kejadian.
Operasi disertai tujuh anggota bersama dua jentera termasuk Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS).
Tindakan komander operasi mengarahkan anggota supaya mengeluarkan mangsa yang tersepit dari kenderan itu menggunakan peralatan khas.
Anggota EMRS BBP Bukit Kayu memberi rawatan awal pada mangsa selepas mangsa berjaya dikeluarkan.
Mangsa dihantar ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan.
Topic Berkaitan
#Hospital Jitra
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM Kedah
#Kampung Alor Janggus
#Napoh
#tersepit dalam kemalangan
#Yong Kok Fee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan