awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
USJT Bukit Aman ambil alih siasatan laporan bekas PTD - Ketua Polis KL
Selangor catat RM3.021 bilion kutipan hasil negeri pada 2025 - Menteri Besar
3 mayat ditemukan selepas letupan kilang makanan di tengah Greece
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tersilap tembak orang disangka babi, warga emas ditahan

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
29/07/2018
11:06 MYT
Tersilap tembak orang disangka babi, warga emas ditahan
Bakakuk yang berjaya dirampas dalam kejadian itu. - Foto Ruzaini Zulkepli
Angkara tersalah tembak 'orang' yang disangkakan seekor babi hutan, seorang lelaki warga emas terpaksa menanggung padah apabila ditahan polis dalam kejadian di Kampung Rantai Rosok, di sini, baru-baru ini.

Dalam tangkapan jam 6.30 petang Jumaat di sebuah rumah tidak bernombor itu, turut dirampas adalah selaras senapang buatan sendiri jenis 'Bakakuk' serta sebutir kelongsong peluru kosong.

Suspek, 56, itu dikatakan melakukan kesalahan berkenaan di kawasan hutan Kampung Rantai Rosok pada 25 Julai lalu sehingga menyebabkan seorang lelaki berusia 26 tahun parah di bahagian muka dan kaki akibat terkena peluru tabur dilepaskan warga emas tersebut dengan menggunakan senapang Bakakuk.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Superintendan Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian itu dan mendedahkan hasil soal siasat suspek mengaku tertembak mangsa ketika memburu babi hutan di kawasan hutan berkenaan.

"Hasil risikan dan maklumat, polis berjaya menahan suspek di Kg Rantai Rosok jam 6.30 petang Jumaat lalu sebelum berjaya menemukan selaras senapang di kawasan belukar kampung itu pada keesokan harinya.

" Suspek difahamkan terbabit dengan kesalahan menembak seorang lelaki ketika memburu di kawasan hutan kampung itu pada 25 Julai lalu sehingga menyebabkan mangsa parah di bahagian muka dan kaki.

" Berdasarkan soal siasat, suspek mendakwa tersalah tembak ketika memburu babi hutan dan menyedari akan kesalahannya itu, suspek panik dan telah membuang Bakakuk miliknya di dalam hutan lalu membantu mangsa keluar dari hutan," katanya.

Bagaimanapun mangsa yang cedera dalam insiden berkenaan kini dilaporkan stabil selepas mendapatkan rawatan susulan di Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu.

Jelas beliau, suspek kini ditahan mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960.
Topic Berkaitan
#Babi
#Kota Belud
#mangsa
#polis
#Sabah
#suspek
#tembak
#tertembak
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan