awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teruskan solat hajat, doa untuk rakyat Palestin - Agong

Bernama
Bernama
20/10/2023
07:11 MYT
Teruskan solat hajat, doa untuk rakyat Palestin - Agong
Al-Sultan Abdullah berkenan beramah mesra dengan penerima pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru'RASA) yang dibina dengan kerjasama UAE. - Gambar/ Bernama
PEKAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru rakyat Malaysia terus mengadakan solat sunat hajat dan berdoa buat rakyat Palestin yang sedang menderita akibat serangan rejim Israel.
Al-Sultan Abdullah menitahkan supaya solat sunat hajat yang diadakan memohon agar bumi Palestin dapat terus dipertahankan khususnya Masjid Al-Aqsa.
Turut berdukacita dengan penderitaan rakyat Palestin, Yang di-Pertuan Agong menitahkan orang ramai agar membantu meringankan beban dialami rakyat negara itu dengan memberi sumbangan termasuk kewangan mengikut kemampuan masing-masing.
"(Nasib) rakyat Palestin begitu sedih, begitu dukacita, kerajaan rejim Zionis telah menghancurkan ribuan rakyat Palestin.
"Saya harap dan menyeru semua rakyat terus berdoa kepada Allah supaya rakyat Palestin dipelihara, bertahan dan bersemangat tinggi," titah Seri Paduka semasa berkenan menyempurnakan Majlis Pengurniaan Kunci Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru'RASA) di Kampung Pahang Tua di sini hari ini.
Turut berangkat paduka anakanda Tengku Panglima Raja Kol Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.
Turut hadir ialah bakal Duta Besar Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia Mubarak Saeed Al Dhaheri.
Ru'RASA merupakan bantuan rumah kepada golongan memerlukan yang dibina dengan kerjasama UAE dan untuk hari ini, sebanyak 16 penduduk layak menerima kunci rumah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#Gaza
#Malaysia
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan