awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TH umum surat tawaran haji, bayaran hari ini

Astro Awani
Astro Awani
19/01/2024
00:50 MYT
TH umum surat tawaran haji, bayaran hari ini
Turut sama akan diumumkan pada sidang media itu ialah kos atau perbelanjaan musim haji kali ini. - Foto fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) akan memaklumkan surat tawaran kepada jemaah terpilih yang menunaikan ibadat haji bagi musim 1445 Hijrah atau 2024 masihi hari ini.
Perkara itu akan diumumkan dalam satu sidang media oleh Pengarah Eksekutif Tabung Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Sidang media dijadual diadakan di Dewan Besar, Menara TH.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar memaklumkan, kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini sebanyak 31,600 orang.
Kuota itu adalah sama seperti tahun sebelumnya.
Turut sama akan diumumkan pada sidang media itu ialah kos atau perbelanjaan musim haji kali ini.
Kos haji tahun lalu adalah sebanyak RM30,850.
Sebelum ini, Tabung Haji akui akan berlaku kenaikan dengan memaklumkan perkara itu di luar kawalan mereka.
Peningkatan setiap tahun lazimnya didorong pelbagai aspek, terutama inflasi dengan pelaksanaan cukai nilai tambah (VAT) di Arab Saudi dan pergerakan mata wang asing di antara ringgit, riyal dan dolar AS.
Topic Berkaitan
#Tabung Haji
#surat tawaran
#jemaah haji
#Syed Saleh Syed Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan