awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: RESET langkah penting pemodenan sistem kesihatan negara
Penipuan kuota pekerja asing, lapan warga Bangladesh, seorang wanita Indonesia ditahan
Dua jeti di Port Dickson berwajah baharu, beri nilai tambah pelancongan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup bermula malam esok - Polis

Bernama
Bernama
22/01/2024
15:36 MYT
Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup bermula malam esok - Polis
Allaudeen berkata jalan yang terlibat antaranya Jalan Tun H.S. Lee, Jalan Sultan, Jalan Tan Cheng Lock, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Leboh Ampang, Jalan Munshi Abdullah dan Jalan Dang Wangi. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak 23 jalan di sekitar ibu kota akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bermula malam esok bagi memberi laluan kepada perarakan pedati sempena sambutan Thaipusam, Khamis ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata pernutupan dan lencongan bermula jam 9 malam esok bagi memberi laluan perarakan pedati dari Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H.S Lee, Kuala Lumpur menuju ke Kuil Subramaniar Swamy, Batu Caves, Selangor.
Beliau berkata jalan yang terlibat antaranya Jalan Tun H.S. Lee, Jalan Sultan, Jalan Tan Cheng Lock, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Leboh Ampang, Jalan Munshi Abdullah dan Jalan Dang Wangi.
Selain itu, Jalan Raja Laut, Jalan Belia, Jalan Sri Amar, Jalan Sultan Azlan Shah (JaLan Ipoh) , Jalan Tun Razak, Jalan Perhentian, Jalan Ipoh Lama (Batu Lima) dan Jalan Salah.
"Perarakan balik pedati akan bermula pada Jumaat ini pada jam 3 petang melalui jalan yang sama dan akan dibuka secara berperingkat," katanya dalam sidang media di Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee.
Beliau menasihatkan kepada seluruh warga kota terutamanya kepada pengguna jalan raya agar mengelakkan daripada menggunakan jalan-jalan yang terlibat dengan penutupan serta lencongan berkenaan.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat diminta menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-20719999 atau Hotline Trafik di talian 03-20260267.
Sementara itu, diminta mengulas mengenai Himpunan Rakyat #daulattuanku dan penyerahan memorandum yang dirancang diadakan di Istana Negara esok, Allaudeen berkata pihaknya akan mengatur gerak anggota polis yang secukupnya.
"Kawalan keselamatan perlu diberi keutamaan dan setakat hari ini polis tidak menerima sebarang pemakluman daripada pihak penganjur," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Istana Negara
#Thaipusam
#perarakan pedati
#Ibu Kota
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan