awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pertahanan Awam Syria pertingkat respons banjir di Idleb, Lattakia susulan hujan lebat
Trump sahkan Xi Jinping akan lawat AS menjelang akhir tahun
Antonio Jose Seguro dipilih sebagai Presiden Portugal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada arahan halang, padam kandungan TikTok Sanusi - MCMC

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
16/07/2023
10:21 MYT
Tiada arahan halang, padam kandungan TikTok Sanusi - MCMC
MCMC dalam satu kenyataan berkata, pihaknya meneliti kenyataan yang dibuat Muhammad Sanusi, yang menuduh kerajaan berbuat demikian - Foto fail
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak menerima sebarang arahan untuk menghalang akses atau memadam kandungan akaun TikTok Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Suruhanjaya tersebut dalam satu kenyataan berkata, pihaknya meneliti kenyataan yang dibuat Muhammad Sanusi, yang menuduh kerajaan berbuat demikian.
"MCMC mengesahkan tiada sebarang arahan diterima berhubung isu ini.
"Platform-platform media sosial mempunyai garis panduan komuniti yang menentukan tindakan boleh diambil terhadap mana-mana pengguna secara automatik apabila terdapat pelanggaran terhadap panduan tersebut, mahupun berdasarkan aduan orang ramai," kata MCMC dalam kenyataan tersebut pada Ahad.
Jelas MCMC, garis panduan komuniti menetapkan jangkaan, mempromosikan keterangkuman serta mengurangkan kandungan memudaratkan atau yang berbaur jelik, yang boleh mengganggu keharmonian dalam komuniti.
Terdahulu, Muhammad Sanusi melahirkan rasa tidak puas hati apabila akaun TikToknya didakwa disekat semalam dan menyifatkan perkara itu sebagai usaha menghalang kemaraannya berkempen secara maya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).
Sehubungan itu, beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) mahu pihak berkaitan mengaktifkan semula akaun media sosial miliknya itu bagi memudahkan mendekati rakyat, khususnya menjawab pelbagai tuduhan dan fitnah terhadap dirinya.
Sementara, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail seperti dilapor media hari ini berkata, kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menyekat mana-mana akaun TikTok.
Topic Berkaitan
#Muhammad Sanusi Md Nor
#MCMC
#TikTok
#Saifuddin Nasution
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan