SHAH ALAM: Kerajaan Selangor setakat ini tidak mengeluarkan sebarang arahan penutupan operasi di tapak-tapak perkhemahan di negeri itu susulan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali pada 16 Dis lepas.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata kerajaan negeri tidak perlu membuat keputusan yang panik dan tergesa-gesa, namun pihaknya kini sedang menggariskan beberapa panduan di tapak-tapak perkhemahan di negeri itu.
"Langkah-langkah akan kita ambil dan teliti kerana sebelum ini memang mereka tidak memerlukan sebarang perlesenan, jadi kita kena semak balik. Bukan ke tahap itu (tutup tapak perkhemahan), sudah pasti kejadian ini berlaku amat menggemparkan.
"Kita kena bertindak dan melihat secara menyeluruh, kita tidak boleh buat satu keputusan yang panik dan tergesa-gesa sebab ia bukan berlaku tiap tahun, maknanya berlaku sekali sekala sebab itu saya perlukan laporan," katanya kepada pemberita selepas majlis 'Capacity Building' Gerak Gempur SPM 2022, di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya masih menunggu laporan penuh daripada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) mengenai insiden terbabit, namun laporan awal yang diperoleh daripada pihak JMG dan bomba menyatakan bahawa kejadian itu disebabkan pergerakan air dalam tanah dari kawasan tebing tinggi ke bawah.
"Kerja-kerja tanah memang tidak ada apa-apa aktiviti kecuali di bawah, di bawah itu pun tanah hak milik persendirian dan jauh dari cerun terbabit serta runtuhan itu berlaku akibat aliran dan sebagainya," katanya.
Sementara itu, pemilik tapak perkhemahan Sea of Cloud K.P Chong berkata bagi menjaga keselamatan pengunjung, pihaknya sentiasa melakukan pemantauan di sekitar kawasan miliknya yang terletak di Hulu Langat.
"Kita selalu melakukan pemeriksaan keadaan tanah di kawasan ini dan semasa musim hujan kita tidak membuka tapak perkhemahan ini kepada orang luar sebagai langkah keselamatan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Chong berkata Sea of Cloud yang juga sebuah dusun durian hanya menerima kira-kira 40 ke 50 pelanggan pada satu-satu masa selain pihaknya masih menutup operasi tapak perkhemahan itu sebagai langkah berjaga-jaga sehingga keadaan cuaca kembali baik susulan tragedi di tapak perkhemahan Father's Organic Farm.
Tragedi kira-kira pukul 2.30 pagi di tapak perkhemahan itu membabitkan 92 mangsa, dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 lagi terkorban, selepas berlaku runtuhan tanah sehingga menimbus kawasan perkhemahan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 29 2022
Amirudin berkata kerajaan negeri tidak perlu membuat keputusan yang panik dan tergesa-gesa, namun pihaknya kini sedang menggariskan beberapa panduan di tapak-tapak perkhemahan di negeri itu. - Gambar fail
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
#AgongKita: Menteri Besar, Ketua Menteri sembah tahniah sempena Istiadat Pertabalan
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad turut mendoakan agar Malaysia terus berkembang di bawah pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Menteri Besar, Ketua Menteri zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong
Menteri Besar dan Ketua Menteri mmenzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, hari ini.
Pulau Pinang bawa cadangan pemulangan cukai 20 peratus ke mesyuarat MB, KM Julai ini
Pulau Pinang akan membawa cadangan pemulangan 20 peratus wang cukai yang dikutip Kerajaan Persekutuan daripada negeri ke Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada Julai depan.
Sesi pemulihan Faisal Halim ambil masa - MB
SEMUA pihak diminta memberikan ruang dan privasi kepada pemain Selangor FC, Faisal Halim untuk memberi tumpuan kepada proses pemulihannya.
Dua strategi utama jayakan Tahun Melawat Johor 2026
Menaik taraf infrastruktur pelancongan serta menggerakkan promosi semua produk pelancongan di Johor secara agresif merupakan dua strategi utama untuk menjayakan agenda Tahun Melawat Johor 2026.
Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta maaf sekiranya ada memberi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks hubungan sesama manusia (hablumminannas).
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Larangan pasang khemah di tiga kawasan pantai Port Dickson
Larangan pasang khemah di tiga kawasan pantai Port Dickson
Negeri Sembilan bentang Belanjawan 2024 RM555 juta, hasil RM520 juta
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2024 berjumlah RM555 juta dengan anggaran hasil sebanyak RM520 juta dan belanjawan pembangunan mencecah RM140 juta.
MB Kelantan pegang lima portfolio Exco
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud memegang lima portfolio pada penggal pentadbiran kali ini.