awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada cadangan catu air setakat ini - SYABAS

Syafique Shuib
Syafique Shuib
05/08/2014
04:22 MYT
Tiada cadangan catu air setakat ini - SYABAS
SYABAS akan memberi notis sekiranya ada gangguan bekalan air
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) mengesahkan bahawa tiada gangguan bekalan air di Selangor dan syarikat itu tidak berhasrat untuk melakukan sebarang catuan bekalan air di negeri itu setakat ini.
“Kami akan memberi notis sekiranya ada catuan bekalan air tetapi setakat ini, memang tiada gangguan bekalan air,” kata Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam Priscilla Alfred kepada Astro AWANI.
Pada Isnin, Gabungan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (GBC) menggesa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengambil langkah proaktif menyelesaikan masalah bekalan air untuk penduduk Selangor.
Pengerusi GBC Datuk Mohd Said Mat Saman berkata, SPAN perlu mengutamakan keperluan air bagi penduduk di Selangor tanpa menunggu permohonan daripada kerajaan negeri untuk melaksanakan pelan catuan dan sebagainya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas situasi bekalan air di Selangor yang dilaporkan kritikal berdasarkan maklumat empangan di laman sesawang Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).
Menurut laporan itu, simpanan air di Empangan Sungai Selangor itu kini mencatat paras 32.48 peratus.
Pada Februari lalu, kerajaan negeri Selangor telah melaksanakan program catuan air secara berjadual di seluruh negeri itu bagi menyeimbangkan penyaluran air di kawasan yang mengalami gangguan bekalan.
Pengagihan air berjadual peringkat kedua pula dilaksanakan pada 2 Mac hingga 31 Mac melibatkan enam daerah iaitu Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.
Catuan bekalan air peringkat ketiga di Lembah Klang bermula pada 9 Mac hingga 31 Mac melibatkan 577 kawasan di Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.
Pada peringkat keempat, lebih 6.7 juta penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur berdepan dengan masalah gangguan air yang melibatkan sembilan daerah termasuk Gombak, Hulu Selangor, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Kuala Selangor.
Topic Berkaitan
#catuan air
#Selangor
#SYABAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan