KUALA LUMPUR: Tiada kebocoran gas amonia berlaku di Kilang Ramly Burger di Taman Perindustrian IKS MK Batu, di sini, malam ini, sebaliknya ia hanyalah kerja penyelenggaraan di injap saluran gas tersebut di kilang berkenaan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata berlaku pelepasan gas amonia di injap saluran gas, semasa kerja pembersihan oleh pihak penyelenggaraan di dalam bilik kompresor.
"Sebenarnya itu bukan kebocoran gas amonia, sebaliknya ia kerja penyelenggaraan di mana mereka keluarkan gas itu daripada injap. Apabila tekanan tinggi sangat, mereka akan lepaskan gas berkenaan.
"Tapi disebabkan itu gas amonia, mereka mungkin bimbang dan telah menghubungi pihak bomba pada pukul 8.23 malam tadi," katanya kepada Bernama malam ini.
Jurucakap itu memaklumkan bertindak atas laporan, dua buah jentera dengan kekuatan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gombak Selatan dan Jalan Tun Razak, telah digerakkan ke lokasi.
"Setibanya di lokasi, bomba mendapati injap saluran gas telah ditutup oleh pihak kilang dan tiada lagi kebocoran lain berlaku. Premis kilang dihentikan kira-kira dua jam untuk pasukan Hazmat melakukan pemeriksaan udara.
"Bacaan amonia oleh pasukan Hazmat adalah 0 ppm (bahagian per juta). Keadaan di kilang terkawal dan tiada mangsa dilaporkan terlibat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 17 2023
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata berlaku pelepasan gas amonia di injap saluran gas, semasa kerja pembersihan oleh pihak penyelenggaraan di dalam bilik kompresor.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Lelaki cedera parah dalam kejadian kebocoran gas amonia kilang ais, meninggal dunia
Pekerja lelaki yang cedera parah dalam kejadian kebocoran gas amonia di sebuah kilang ais pagi tadi meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Duchess of Kent (HDOK).
Taman Perindustrian Jaya di Ara Damansara ditutup akibat kebocoran gas amonia - PDRM
Taman Perindustrian Jaya di Ara Damansara, Selangor ditutup kepada orang awam susulan berlaku kebocoran gas amonia pada malam Selasa.
Tiada kebocoran gas amonia di kilang Ramly Burger, hanya kerja penyelenggaraan - Bomba
Menurut bomba, ia hanyalah kerja penyelenggaraan di injap saluran gas tersebut di kilang berkenaan.
Kebocoran gas amonia, 9 pekerja kilang ayam dikejarkan ke hospital
Sembilan pekerja kilang pemprosesan ayam di Merlimau, terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas ekoran kebocoran gas amonia di kilang berkenaan.