awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kejadian siling Masjid Taman Pulai Indah runtuh - Exco Agama

Bernama
Bernama
16/09/2023
09:18 MYT
Tiada kejadian siling Masjid Taman Pulai Indah runtuh - Exco Agama
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata, sebenarnya hanya beberapa kepingan panel siling telah jatuh ketika kerja-kerja menurunkan keseluruhan panel dijalankan. - Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Tiada kejadian siling runtuh di masjid Taman Pulai Indah di sini, Khamis lepas, seperti video tular di media sosial sejak semalam, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid.
Beliau sebaliknya menjelaskan bahawa beberapa kepingan panel siling telah jatuh ketika kerja-kerja menurunkan keseluruhan panel dijalankan.
"Sebenarnya video yang tular itu tidak begitu tepat, ia (siling) bukan runtuh tetapi hanya beberapa panel siling jatuh ketika kerja-kerja penurunan keseluruhan siling sedang dilakukan pekerja kontrak.
"Oleh itu, saya berharap agar video itu tidak ditularkan dan meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi," katanya kepada pemberita selepas melawat masjid berkenaan di sini hari ini.
Beliau berkata pihak pengurusan masjid telah mengambil langkah segera dengan melantik kontraktor luar selepas mendapati keadaan siling yang kurang baik sejak sebulan lalu.
Mohd Fared berkata Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) juga telah diarahkan untuk melakukan pemeriksaan terperinci bagi memastikan aspek keselamatan di masjid berkenaan pada masa hadapan.
Sementara itu, Pengerusi masjid Alpian Jamid berkata kerja-kerja menurunkan keseluruhan siling masjid berkenaan giat dijalankan sejak beberapa hari lalu.
"Kerja-kerja menurunkan panel siling masjid dilakukan selepas solat Isya hingga subuh apabila beberapa panel siling berkenaan terjatuh. Saya juga meminta maaf apabila video yang diambil untuk simpanan telah tular sehingga menimbulkan tanda tanya ramai pihak," katanya.
Beliau menambah buat masa ini, sebuah khemah telah didirikan di pekarangan luar masjid bagi membolehkan jemaah menunaikan solat fardu dan solat Jumaat.
Masjid berkenaan yang mula dibina pada 2015 dan siap dua tahun kemudian, mampu menampung kira-kira 3,000 jemaah dalam satu-satu masa.
Terdahulu, tular sebuah video berdurasi kira-kira dua minit mendakwa bumbung masjid itu runtuh selepas jemaah perempuan beredar sebaik selesai menunaikan solat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#video tular
#masjid taman pulai indah
#siling runtuh
#JKR
#JAINJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan