awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada keluhan tidak dapat tiket penerbangan - Loke

Bernama
Bernama
28/03/2025
21:30 MYT
Tiada keluhan tidak dapat tiket penerbangan - Loke
Loke bercakap pada sidang media program penyampaian goodies raya dan menyantuni penumpang yang pulang ke kampung sempena Hari Raya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, 28 Mac. --fotoBERNAMA
SEPANG: Musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini menyaksikan perjalanan udara lebih lancar khususnya bagi mereka yang pulang ke Sabah dan Sarawak.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata ini berikutan tiada keluhan daripada orang ramai mengenai kesukaran mendapatkan tiket penerbangan untuk pulang ke hampung halaman masing-masing.
Beliau berkata ini kerana tiket pada musim perayaan kini lebih murah dan mudah didapati susulan pelaksanaan subsidi tiket sehala bagi kelas ekonomi melebihi RM499 serta inisiatif penambahan perjalanan oleh syarikat penerbangan.
"Menambah penerbangan ini ada pelbagai cabaran yang perlu diatasi termasuklah mereka (syarikat) perlu menguruskan pesawat dan jadual kru.
"Jadi ini merupakan satu cabaran besar setiap kali musim perayaan tetapi saya bangga kerana mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menambah kapasiti dan tahun ini kita tak dengar (keluhan) tidak dapat beli tiket," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyantuni penumpang pesawat Malaysia Airlines MH7404 ke Kota Kinabalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini malam tadi.
Loke turut menyantuni dan mengedarkan pek cenderahati kepada penumpang pesawat AirAsia AK5648 ke Miri serta Batik Air OD7908 ke Tawau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Raya Aidilfitri
#tiket penerbangan
#Sabah dan Sarawak
#Anthony Loke
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan