Hasil pemeriksaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ke atas harga simen mendapati tiada kenaikan harga berlaku di peringkat pengilangan simen.
Menteri berkenaan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan pada Rabu berkata pemeriksaan itu dibuat berikutan aduan yang diterima daripada Persatuan Pembina Johor (JMBA) serta melalui media sosial berhubung dakwaan berlakunya kenaikan harga simen dari 20 peratus hingga 50 peratus.
"Bertindak daripada aduan tersebut, Bahagian Penguatkuasa kementerian pantas memulakan siasatan sejak 3 Feb 2020 lagi dengan melawat pengadu, kilang-kilang yang diadu serta mengeluarkan Notis 21 di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011) kepada pemain industri berkaitan untuk membekalkan maklumat yang diperlukan oleh pihak kementerian.
"Hasil daripada maklum balas Notis 21 AKHAP 2011 terhadap empat pengilang simen utama berkenaan, didapati tidak berlaku kenaikan harga simen di peringkat pengilangan simen," katanya.
Beliau berkata serahan Notis Pengesahan Maklumat Barangan dan Notis bertulis di bawahSeksyen 21, AKHAP 2011 telah dikeluarkan KPDNHEP pada tarikh tersebut kepada empat pengilang simen utama iaitu Slag Cement (Southern) Sdn Bhd, Lafarge Cement Sdn Bhd, Holcim (Malaysia) Sdn Bhd dan YTL Perak Hanjoong Simen Sdn Bhd.
Saifuddin berkata berdasarkan perbandingan harga tahun ke tahun yang dibuat terhadap empat kilang terbabit bagi tempoh empat tahun berturut-turut bermula 2017 hingga tahun ini, didapati berlakunya penurunan harga dan kos untuk simen di peringkat pengilang.
Bahagian Penguatkuasa kementerian, katanya, akan menyediakan laporan terperinci berkenaan kenaikan harga simen setelah siasatan lengkap dilakukan di peringkat pemasaran am.
"Dalam mengorak langkah ke hadapan, pemeriksaan akan diteruskan di peringkat pemasaran am bagi mendapatkan butiran atau maklumat lanjut berhubung harga yang ditawarkan kepada peringkat pengedar," katanya.
Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan berita tanpa fakta atau bukti yang berasas.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat, bukti atau ingin membantu siasatan bolehmenghubungi KPDNHEP melalui saluran aduan KPDNHEP iaitu Portal [email protected], pusat panggilan 1800 886 800, emel [email protected], aplikasi telefon pintar Ez ADU, Enforcement Command Centre (ECC) 03-8882 6245/6088, talian 03-8000 8000 Malaysia Government Call Centre (MYGCC), WhatsApp 019-279 4317 atau lapor/hadir ke mana-mana 73 pejabat KPDNHEP di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 12 2020
Saifuddin berkata berdasarkan perbandingan harga yang dibuat bagi tempoh empat tahun berturut-turut bermula 2017, didapati berlakunya penurunan harga dan kos untuk simen di peringkat pengilang. - Gambar fail
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Nahas helikopter Lumut: "Nampaknya dia yang 'pergi' dulu..." - Ibu Allahyarham Komander Firdaus
Komander Muhammad Firdaus anak yang bertanggungjawab serta contoh yang baik kepada adik-adik yang lain, malah sangat mengambil berat tentang keperluan keluarga.
EPL: Dua bintang remaja ditahan kerana disyaki merogol
Dua pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris telah ditangkap pada hujung minggu kerana disyaki merogol dan melakukan serangan.
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Menteri Pertahanan akan membuat pengumuman berhubung bantuan yang akan diberikan pada Rabu.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Doa dan kenangan buat pejuang
Titipan doa Wartawan Ridauddin Daud buat pejuang negara yang meninggal dunia dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
Cuaca panas: Ibu bapa digalak buat aduan jika sekolah anjur aktiviti luar - Fadhlina
Aduan boleh dibuat di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kementerian Pendidikan (KPM).
EAIC perkenal talian aduan menerusi WhatsApp
Selain itu, EAIC masih mengekalkan penerimaan aduan melalui saluran sedia ada iaitu SPAPS di Portal EAIC, e-mel dan secara bersemuka.
KPDN Melaka terima 390 pelbagai aduan kepenggunaan
Antara aduan diterima membabitkan transaksi dalam talian iaitu tidak menerima barang atau perkhidmatan serta barang atau perkhidmatan diterima tidak seperti ditawarkan termasuk pakej umrah.
KKR terima 5,836 aduan menerusi aplikasi MYJalan, 1,203 diselesaikan - Nanta
Kementerian Kerja Raya telah menyelesaikan sebanyak 1,203 aduan daripada keseluruhan 5,836 aduan yang diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat 6 Dis lepas.
HTAR siasat dakwaan dawai ditinggalkan dalam saluran darah pesakit
HTAR memberi jaminan bahawa setiap aduan akan disiasat secara telus dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan tanpa mengabaikan hak-hak pelanggan.
3,750 aduan jalan rosak diterima menerusi MYJalan setakat 30 Okt
Sejumlah 3,750 aduan diterima melalui aplikasi MYJalan bagi tempoh 1 Ogos hingga semalam (30 Okt), antaranya berkaitan masalah jalan berlubang, kerosakan papan tanda dan perabot jalan.
116 aduan internet oleh Ahli Parlimen akan diambil tindakan - Fahmi
Fahmi merakamkan penghargaan buat kesemua Ahli Parlimen yang memberi kerjasama penuh dengan kementerian.
Orang ramai tidak digalak guna media sosial untuk salur aduan berkaitan bekalan - Fuziah
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menggunakan media sosial untuk membuat aduan berkaitan bekalan barangan keperluan.
Buat aduan buli secara terus di reruai KPM
Petugas di reruai akan menunjukkan cara untuk membuat aduan berkenaan kepada pengadu.
Polis Kedah terima 306 laporan sepanjang tempoh PRN
Polis Kedah menerima 306 laporan berkaitan pelbagai jenis aduan sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) bermula 28 Julai hingga 13 Ogos lepas.