awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ramalan awal banjir: Beberapa jajahan di Kelantan dijangka terkesan mulai hari ini
TikTok Shop bantu jenama tempatan tembusi pasaran menerusi inisiatif All-Star LIVE
Polis tumpas sindiket antarabangsa Asia Timur, rampas dadah RM1.04 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada keperluan dedahkan identiti 'Mr H' - KPN

Sinar Harian
Sinar Harian
30/11/2023
09:51 MYT
Tiada keperluan dedahkan identiti 'Mr H' - KPN
Tan Sri Razarudin Husain berkata, pendedahan identiti Mr H dikhuatiri akan mengganggu siasatan yang dijalankan. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Identiti individu yang digelar sebagai 'Mr H' dalam kes rakaman video tular perbualan berbaur lucah yang dikaitkan dengan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Mohammad Agus Yusoff, tidak akan didedahkan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pendedahan identiti Mr H dikhuatiri akan mengganggu siasatan yang dijalankan.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyifatkan tiada keperluan untuk mendedahkan identiti berkenaan memandangkan siasatan masih lagi dijalankan.
"Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman telah memanggil semula Mr H pada hari ini (Khamis) bagi tujuan sambungan rakaman percakapan, setakat ini kita sudah memanggil lapan individu bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Sebelum ini dalam satu sidang media, Penolong Pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani mendedahkan tindakan merakam perbualan antara dirinya dan Mohammad Agus didalangi seorang individu yang dikenali sebagai Mr H.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas kesalahan fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Wahab
#J-KOM
#identiti Mr H
#Razarudin Husain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan