awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada keperluan Wisma Putra tubuh jawatankuasa kesan rakyat hilang di luar negara

Bernama
Bernama
23/06/2024
14:15 MYT
Tiada keperluan Wisma Putra tubuh jawatankuasa kesan rakyat hilang di luar negara
Mohamad berkata keputusan tersebut berdasarkan Malaysia mempunyai kedutaan atau Pesuruhjaya Tinggi di hampir semua negara. - Gambar fail/Bernama
JASIN: Tiada keperluan bagi Wisma Putra untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengesan rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang di luar negara, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata keputusan tersebut berdasarkan Malaysia mempunyai kedutaan atau Pesuruhjaya Tinggi di hampir semua negara, malah terdapat 111 perwakilan atau cawangan, dan ini membolehkan sebarang bentuk bantuan disalurkan kepada mereka yang memerlukan, termasuk kes kehilangan ahli keluarga di luar negara.
"Kita tak perlu tubuhkan jawatankuasa tersebut kerana jumlah rakyat yang hilang itu tak ramai pun. Bagaimanapun, kita sentiasa mengalu-alukan rakyat negara ini yang memerlukan bantuan daripada kedutaan Malaysia di luar negara.
"Mereka (yang perlukan bantuan) boleh berhubung dengan Wisma Putra bagi mendapatkan maklumat serta bantuan, dan kita akan uruskan supaya dapat mengarahkan atau minta bantuan kedutaan kita.
"Tapi kadang-kadang mereka itu sendiri (yang hilang) tidak mahu orang tahu di mana mereka berada, jadi susah sikitlah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jasin di sini hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wisma Putra
#UMNO
#memerlukan bantuan
#mendapatkan maklumat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan