KUALA LUMPUR: Tiada sebarang kes miokarditis dan perikarditis susulan penggunaan vaksin COVID-19 jenis mRNA dikesan di Malaysia setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Dalam satu kenyataan pada Sabtu Dr Noor Hisham memberitahu, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NRPA) sudah menjalankan penilaian risiko keselamatan berdasarkan maklumat diperolehi dari badan kawal selia dan rujukan antarabangsa.
“KKM merumuskan bahawa profil keselamatan vaksin ini kekal positif dan penggunaannya dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) tidak terjejas.
“Manfaat semasa bagi pemberian vaksin ini adalah jauh melebihi risikonya,” katanya.
Beberapa negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Singapura baru-baru ini melaporkan berkenaan risiko miokarditis dan perikarditis yang dikaitkan dengan penggunaan vaksin COVID-19 jenis mRNA.
Dalam kenyataan itu, Dr Noor Hisham memaklumkan, miokarditis adalah penyakit radang otot jantung dan perikarditis pula merujuk kepada radang lapisan luar jantung.
Beliau menjelaskan, simptom atau gejala yang dikaitkan dengan miokarditis atau perikarditis termasuklah sakit dada, perubahan pada kadar degupan jantung serta kesukaran untuk bernafas.
Dr Noor Hisham menjelaskan yang pada masa sekarang hanya satu vaksin jenis mRNA, iaitu Comirnaty dikeluarkan Pfizer-BioNTech diluluskan untuk pendaftaran bersyarat di Malaysia.
Setakat 13 Jun lalu, sejumlah 2,793,826 vaksin Comirnaty disuntik kepada rakyat Malaysia, yang terdiri daripada 1,676,959 penerima dos pertama dn 1,116,867 penerima dos kedua.
Jelasnya lagi, setakat ini, tiada laporan laporan kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) spesifik untuk miokarditis/perikarditis yang diterima NPRA/KKM.
“KKM juga mendapati sehingga kini, tiada tindakan regulatori yang telah diambil oleh badan-badan rujukan antarabangsa lain seperti European Medicines Agency (EMA) dan World Health Organization (WHO) ke atas produk vaksin Covid-19 jenis mRNA.
“Penilaian masih dijalankan bagi menentukan hubung kait isu ini dengan vaksin COVID-19 jenis mRNA,” katanya lagi.
Dr Noor Hisham menjelaskan, KKM akan terus menjalankan pemantauan mutu produk berdaftar dan farmakovigilans bagi memastikan keselamatan dan keberkesanan produk vaksin terjamin.
"KKM juga akan memaklumkan perkembangan terkini kepada rakyat dari semasa ke semasa.
"Orang ramai dinasihatkan untuk mendaftarkan diri untuk mendapatkan vaksin COVID-19," katanya.
Astro Awani
Sat Jun 19 2021
Dr Noor Hisham menjelaskan, KKM akan terus menjalankan pemantauan mutu produk berdaftar dan farmakovigilans bagi memastikan keselamatan dan keberkesanan produk vaksin terjamin. - Gambar fail
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
KKM sahkan suplemen kesihatan 'Beni Koji Choleste Help' tidak berdaftar
RYR adalah bahan yang diekstrak atau dihasilkan melalui proses penapaian beras dengan menggunakan sejenis yis dikenali sebagai 'Monascus purpureus'.
KKM senarai empat produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual
Kesemua produk berkenaan mengandungi racun berjadual yang dikesan seperti merkuri, Hydroquinone, Tretinoin dan Betamethasone 17-Valerate.
KKM batal notifikasi dua produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Produk Airee Beautycare Night Cream mengandungi merkuri manakala BL Ledehh Day Cream 1 mengandungi hydroquinone dan tretinoin.
Malaysia bakal laksana ujian percubaan klinikal pertama ke atas manusia
Malaysia bakal melaksanakan ujian percubaan klinikal yang pertama ke atas manusia tidak lama lagi.
Guaifenesin Syrup tidak berdaftar di Malaysia, KKM nasihat henti guna
Berdasarkan semakan yang dilakukan terhadap pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) berkaitan produk berkenaan.
Kerajaan lulus vaksin COVID-19 Spikevax untuk individu 12 tahun ke atas
Vaksin COVID-19 Spikevax keluaran Rovi Pharma Industrial Services di Sepanyol diberikan kelulusan bersyarat untuk kegunaan individu berusia 12 tahun ke atas, kata Ketua Pengarah Kesihatan.
Klinik swasta jual produk tidak berdaftar diserbu
Sumber produk berkenaan tidak diketahui dan penggunaan produk tersebut adalah tidak diyakini keselamatannya serta boleh membahayakan kesihatan orang awam.
KKM dirayu iktiraf penemuan baharu didakwa vaksin COVID-19
Permohonan telah dihantar kepada KKM sejak 15 Mac lalu disusuli kepada NPRA pada 15 Mei sebagai proses mendapatkan kelulusan untuk digunakan secara lebih meluas.
KKM lulus pendaftaran bersyarat Evusheld, cegah jangkitan COVID-19
Ia digunakan berikutan pra-pendedahan COVID-19 kepada orang dewasa dan remaja dengan berat sekurang-kurangnya 40 kilogram.
451 laporan AEFI selesai disiasat dan dinilai, tiada kes kematian hubung kait dengan vaksin
156 laporan lagi masih dalam proses penyiasatan sebelum dinilai oleh Jawatankuasa Khas Farmakovigilans Vaksin COVID-19 (JFK).