awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Semua ADUN Bersatu akan dilantik sebagai Exco - MB Perlis
Jumpa di London, lima kali Muhyiddin kata sedia lepaskan jawatan - Annuar
China lanjutkan pengurangan yuran visa untuk rakyat Malaysia hingga 31 Dis 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kompromi terhadap pihak beri rawatan gigi tanpa doktor bertauliah - Khairy

Bernama
Bernama
11/08/2022
22:30 MYT
Tiada kompromi terhadap pihak beri rawatan gigi tanpa doktor bertauliah - Khairy
Khairy berkata pihaknya akan meningkatkan penguatkuasaan bagi memastikan tiada kes atau tempat yang menawarkan perkhidmatan tanpa doktor gigi bertauliah wujud. - Foto JAPEN
KUALA LUMPUR: Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan pergigian tanpa menggunakan khidmat doktor bertauliah, demikian ditegaskan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata pihaknya akan meningkatkan penguatkuasaan bagi memastikan tiada kes atau tempat yang menawarkan perkhidmatan tanpa doktor gigi bertauliah wujud.
"Doktor pergigian yang tiada kelayakan, tanpa pendaftaran kita akan ambil tindakan, memang tiada kompromi dalam hal ini kerana apa sahaja perkhidmatan kesihatan pergigian mesti diberi oleh doktor pergigian yang layak," katanya kepada pemberita selepas Program Beauty and Health di sini.
Khairy ditanya mengenai kewujudan pusat kecantikan yang menawarkan rawatan pergigian tidak berdaftar di negara ini.
Beliau turut memaklumkan satu sesi libat urus akan diadakan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna susulan rayuan penggiat industri kecantikan supaya membenarkan beberapa prosedur perkhidmatan termasuk rawatan laser dikendalikan oleh pakar kecantikan.
"Bagi pihak Kementerian Kesihatan (KKM), kita tidak benarkan sebab banyak prosedur kecantikan ini mempunyai risiko tinggi dan hanya dapat dilakukan oleh pegawai perubatan namun rayuan telah dibuat, saya setuju untuk diadakan satu sesi libat urus dengan Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi," katanya.
Khairy juga berkata kerajaan akan merujuk kepada pakar kesihatan terlebih dahulu sebelum membuat pendirian berhubung strategi vaksinasi tahunan COVID-19 negara.
Beliau berkata setakat ini, negara lain belum lagi memutuskan langkah ke arah itu namun KKM sudah memulakan perbincangan mengenainya bersama para pakar yang berkaitan pada Rabu.
Katanya buat masa ini, KKM tidak menetapkan sebarang sasaran terhadap bilangan individu yang mengambil dos penggalak kedua COVID-19 sebaliknya akan terus mendidik dan menggalakkan rakyat berbuat demikian demi tahap kesihatan masing-masing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#Doktor gigi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan