KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan sentiasa melindungi keperluan serta kesejahteraan persaraan rakyat Malaysia pada masa hadapan dan dengan itu, tidak menggalakkan lagi pengeluaran dana itu bagi tujuan lain.
KWSP dalam satu kenyataan pada Selasa menegaskan komitmennya untuk membantu ahli membina semula kecukupan pendapatan persaraan mereka dan menyokong pemberhentian pengeluaran simpanan KWSP di bawah skim i-Citra.
BACA: KWSP komited bantu ahli bina semula simpanan dan jamin masa depan persaraan
“KWSP merupakan sebuah dana persaraan yang diberi mandat bagi melindungi simpanan ahli untuk keperluan dan kesejahteraan masa depan persaraan mereka,” tambahnya.
Ditubuhkan sejak 1951, KWSP adalah tertakluk di bawah Akta KWSP 1991, yang menetapkan bahawa Akaun 1 (70 peratus simpanan) ditetapkan bagi persaraan, manakala Akaun 2 (30 peratus simpanan) adalah untuk pengeluaran lain-lain yang dibenarkan bagi menjamin masa depan persaraan yang lebih cerah.
“Bagaimanapun, tiada peruntukan dalam akta yang membenarkan pengeluaran untuk bencana alam,” tegas kumpulan wang persaraan itu.
BACA: Pengeluaran caruman secara besar-besaran akan jejas pasaran negara - KWSP
KWSP berbesar hati dengan pendirian beberapa kesatuan negara seperti Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kongress Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), yang telah menyuarakan kebimbangan mereka terhadap masa depan persaraan pekerja-pekerja di Malaysia serta mahukan pemberhentian pengeluaran khas simpanan KWSP.
Oleh yang demikian, KWSP, yang merupakan sebahagian daripada Rangkaian Tindak Balas Bencana GLIC/GLC (GDRN) telah menawarkan sokongan melalui sumber di bawah keupayaannya termasuk peruntukan RM10 juta yang diperoleh daripada penjimatan melalui perbelanjaan operasi yang telah diperuntukkan oleh KWSP.
KWSP ingin menegaskan bahawa tiada kesan material ke atas dana atau pulangan ahli kerana bantuan tersebut datang daripada perbelanjaan operasi yang telah diperuntukkan.
Sokongan itu akan disalurkan melalui sumbangan berbentuk barangan yang diperlukan oleh mereka yang terjejas dan disalurkan melalui pertubuhan amal yang berkredibiliti. - Bernama
Bernama
Tue Dec 28 2021

Tiada pengeluaran KWSP bagi mangsa banjir

Jabatan Perikanan pantau fenomena ikan bilis terdampar di Pulau Pangkor
Jabatan Perikanan Negeri Perak akan memantau fenomena ikan bilis naik ke darat dan terdampar di pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor dari semasa ke semasa.

RS-1 bantu merangsangkan peningkatan ekonomi
Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini ialah rancangan pertama dalam sejarah negeri tersebut.

Dewan Tertinggi BN belum putuskan permohonan PBM
Permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan beberapa lagi parti politik yang memohon untuk menyertai Barisan Nasional (BN) masih lagi dalam pertimbangan.

Polis tahan lelaki khianat cabut batu nisan
Polis menahan seorang gelandangan lelaki hari ini yang disyaki terlibat dalam kes khianat mencabut beberapa batu nisan di Sibu.

Kenal pasti 'hot spot', bomba siap siaga hadapi musim kemarau - KP
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah siap siaga dari segi aset dan anggotanya bagi menghadapi musim kemarau yang lazimnya berlaku antara bulan Mei hingga September.

Polis tahan empat lelaki bantu siasatan kes pukul bapa, anak
Polis menahan empat lelaki hari ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang lelaki dan bapanya cedera dipukul sekumpulan suspek di Kampung Pondok Upeh, di sini semalam.

AWANI Ringkas: Skandal LCS: Bekas pengarah urusan bakal didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kertas Putih Kesihatan kritikal, titik mula pembaharuan sistem kesihatan di Malaysia
Kertas Putih Kesihatan adalah kritikal dan akan menjadi titik permulaan bagi perjalanan ke arah pembaharuan sistem kesihatan Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
![AWANI 7:45 [15/08/2022] – Permohonan tangguh kes SRC | Kes LCS ke mahkamah | Data pergerakan harga ayam AWANI 7:45 [15/08/2022] – Permohonan tangguh kes SRC | Kes LCS ke mahkamah | Data pergerakan harga ayam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982775/thumbnails/3548345001660570194504_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [15/08/2022] – Permohonan tangguh kes SRC | Kes LCS ke mahkamah | Data pergerakan harga ayam
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz Tumpuan #AWANI745 malam ini: Bukti baharu Najib, hanya lengahkan perbicaraan, tegas Timbalan Pendakwa Raya Polemik LCS, bekas pengarah urusan didakwa esok Penetapan harga siling ayam sedang diteliti #AWANInews #RasuahBusters

Tahap pendapatan perlu ditingkatkan - Pakar Ekonomi
Tahap pendapatan secara menyeluruh yang rendah menjadi masalah utama untuk mereka yang sudah pencen untuk hidup dalam keadaan yang selesa.

KWSP sedang rangka dasar pengawasan untuk syarikat penerima pelaburan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang menyiapkan dasar pengawasan untuk menangani syarikat penerima pelaburan yang gagal mematuhi piawaian tadbir urus alam sekitar, sosial dan korporat (ESG).

KWSP terima 5.3 juta permohonan Pengeluaran Khas bernilai RM40.1 bilion setakat 14 April
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerima sejumlah 5.3 juta permohonan bernilai RM40.1 bilion di bawah kemudahan Pengeluaran Khas setakat 8 malam, 14 April, 2022.

KWSP: Permohonan untuk pengeluaran khas bermula 1 April
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan permohonan untuk pengeluaran khas RM10,000 akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun bermula 1 April 2022.

Ini pengeluaran khas terakhir - KWSP
KWSP sekali lagi menyuarakan kebimbangan mengenai tahap simpanan persaraan pencarum.

KWSP: Tiada jalan 'ajaib' tambah balik simpanan pencarum - Pakar
Masalah itu tidak boleh diselesaikan dalam sekelip mata, sebaliknya akan memakan masa yang lama dan memerlukan kerjasama semua pihak.

Pemberian awal ganjaran GCR, pegawai perlu penuhi syarat
Penjawat awam yang memilih Skim Pencen mahupun KWSP dan berhasrat memohon pemberian awal ganjaran wang tunai gantian cuti rehat (GCR) perlu memenuhi beberapa syarat.

Tidak boleh bergantung kepada pengeluaran KWSP setiap kali bencana - Pakar
Naib Pengerusi Gerakan Keadilan Monetari Malaysia Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata pengeluaran KWSP akan menyebabkan simpanan persaraan pada hari tua berkurang.

Tiada lagi pengeluaran KWSP untuk tujuan lain selain persaraan
KWSP akan sentiasa melindungi keperluan serta kesejahteraan persaraan rakyat Malaysia pada masa hadapan dan dengan itu, tidak menggalakkan lagi pengeluaran dana itu bagi tujuan lain.

KWSP sedia RM10 juta untuk program bantu mangsa banjir
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperuntukkan sejumlah RM10 juta bagi membantu usaha bantuan dan pemulihan banjir kepada komuniti yang terjejas.

Ahli KWSP mungkin hidup dalam kemiskinan pada usia tua akibat kekurangan simpanan
Pada masa ini 48 peratus ahli KWSP di bawah 55 tahun mempunyai simpanan KWSP pada tahap kritikal.