awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada pelepasan air berlebihan di Empangan Hidro TNB Perak

Bernama
Bernama
05/11/2017
23:38 MYT
Tiada pelepasan air berlebihan di Empangan Hidro TNB Perak
Berdasarkan laporan pengurusan TNB Stesen Janakuasa Sungai Perak yang diterima, pelepasan air dijalankan adalah secara normal dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) sedia ada. - Gambar hiasan
Tiada pelepasan air berlebihan berlaku di mana-mana empangan hidroelektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Perak, kata Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri Datuk Zainol Fadzi Paharudin.
Beliau berkata berdasarkan laporan pengurusan TNB Stesen Janakuasa Sungai Perak yang diterima, pelepasan air dijalankan adalah secara normal dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.
"Pelepasan (arus) air itu memang perkara biasa dan mereka akan kemas kini dan beritahu dari semasa ke semasa.
"Cuma saya minta berjaga-jaga sebab masa ini keadaan cuaca buruk walaupun ketika ini paras air empangan masih jauh daripada paras bahaya," katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.
Pada masa ini, banjir melanda Lawin dan Lenggong di daerah Hulu Perak.
Zainol Fadzi menjelaskan paras Empangan Tasik Temenggor di Banding kini adalah 239.26 meter, masih di paras normal manakala paras air di Sungai Perak di Kuala Kenderong, Gerik adalah 111.80 meter, berbanding tahap kritikal 112.50 meter.
Beliau turut memberi jaminan TNB sentiasa bersedia bagi keadaan tertentu untuk memberi makluman dan bekerjasama dengan semua pihak.
Justeru, beliau berharap orang ramai hentikan tular berita berkaitan pelepasan air berlebihan kerana laporan itu tidak benar dan hanya menimbulkan panik terhadap masyarakat setempat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air
#banjir
#empangan
#hidro
#operasi
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan