KUALA LUMPUR: Tiada penjarakan fizikal menjadi kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) paling tinggi yang dicatatkan semalam, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Beliau berkata, sebanyak 169 kes sedemikian dicatatkan daripada keseluruhan 611 individu yang ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar SOP, dengan 584 dikompaun manakala 27 lagi direman.

Antara kesalahan lain yang direkodkan ialah gagal menyediakan peralatan/ merekod diri/ pelanggan (122), rentas daerah/ negeri tanpa kebenaran (91), tidak memakai pelitup muka (90) dan aktiviti sukan (40).

"Selain itu, seramai 10,963 warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 dan daripada jumlah itu, 31 orang didapati positif COVID19.

"Daripada jumlah itu, seramai 8,710 orang telah disahkan positif COVID-19 manakala 531,763 lagi adalah negatif," katanya dalam kenyataan media harian, pada Isnin.

Sementara itu, melalui Op Benteng, pihak berkuasa semalam telah menangkap 47 orang pendatang tanpa izin (PATI) dan merampas sebuah bot atau kapal serta lapan kenderaan darat.

"Pihak berkuasa turut mengesan 161 buah bo atau kapal di perairan negara melalui lima operasi penglihatan.

"Selain itu, seramai enam orang PATI turut diusir menerusi tiga operasi pengusiran," katanya.