KUALA LUMPUR: Kegagalan mematuhi arahan penjarakan fizikal menyumbang kes tertinggi bagi kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Ahad.

Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin (29 Mac 2021):

1. Seramai 44 individu ditahan semalam kerana ingkar arahan PKP dan kesemuanya dikompaun.

2. Antara kesalahan direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal (39), gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (tiga), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (satu) dan tidak memakai pelitup muka (satu).

3. Op Benteng menangkap tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas sebuah kenderaan darat serta sebuah bot.

4. 1,357 warga asing telah menjalani ujian saringan pada Ahad dan daripada jumlah itu, dua orang didapati positif jangkitan COVID-19.

5. Seramai 858 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa pada Ahad dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.