awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tiada perisian pengintipan dibeli kerajaan' - Azalina

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
23/11/2015
06:26 MYT
'Tiada perisian pengintipan dibeli kerajaan' - Azalina
AZALINA: Tiada pembelian seperti itu dibuat Jabatan Perdana Menteri.
Tiada perisian pengintipan dibeli oleh Kerajaan Persekutuan seperti yang didakwa, demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman.
"Tiada pembelian seperti itu dibuat Jabatan Perdana Menteri," kata Azalina dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.
Jawapan tersebut diberi Azalina susulan pertanyaan daripada Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
Sebelum ini wujud dakwaan bahawa kerajaan Malaysia di antara negara yang menggunakan perkhidmatan syarikat teknologi maklumat berpengkalan di Milan, Itali.
Dalam laporan sebelum ini, Hacking Team, iaitu syarikat yang didakwa menjual perisian pengintipan, menjadi mangsa penggodaman pada Julai sehingga menyebabkan kebocoran datanya.
Ia termasuk maklumat mengenai senarai pelanggannya yang kemudian dimuat naik penggodam terbabit di laman Twitter syarikat tersebut.
Topic Berkaitan
#Azalina Othman
#Hacking Team
#perisian pengintipan
#Tian Chua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan