KUALA TERENGGANU: Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) dua lagi nelayan tempatan yang hilang dalam kejadian bot karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditamatkan pada jam 7 malam hari ini.
Ia susulan tiada lagi petunjuk terbaharu diperoleh selepas empat hari operasi tersebut dilancarkan.
Pengarah Maritim Negeri Terengganu Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata dua mangsa yang masih hilang adalah Raja Zainudin Raja Ibrahim, 49, dan Ahmad Zamri Ishak, 66.
"Operasi Carilamat telah ditamatkan oleh Maritim Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan setelah tiada petunjuk terkini diperolehi.
"Bagaimanapun usaha tersebut akan diaktifkan semula jika terdapat petunjuk baharu yang boleh membawa kepada penemuan mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam kejadian pada 10 malam itu, bot nelayan dinaiki enam lelaki karam setelah dilanda ribut di kedudukan lebih kurang 10 batu nautika dari Pulau Redang.
BACA: Bot karam di Redang: Mayat tiga nelayan hilang ditemui
Seorang mangsa Muhammad Kamaruddin Yudi, 31, terselamat, manakala tiga lagi mangsa iaitu Saludin Ismail, 50, Ahmad Nazri Ishak, 48, dan Zulkifli Umar, 48, ditemukan lemas di lokasi berbeza sekitar 1.7 hingga 1.9 batu nautika dari Pulau Redang pada Rabu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 12 2022
Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) dua lagi nelayan tempatan yang hilang dalam kejadian bot karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditamatkan pada jam 7 malam hari ini. - Gambar fail/APMM Terengganu
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Tiada petunjuk baharu, APMM tamatkan carilamat dua nelayan
Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) dua lagi nelayan tempatan yang hilang dalam kejadian bot karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditamatkan pada jam 7 malam hari ini.
APMM aktif carilamat lelaki hanyut bot kehabisan minyak
Usaha pencarian terlebih dahulu dilakukan oleh rakan mangsa, namun bot yang berwarna putih hijau itu tidak ditemukan hingga kini.
PM ucap tahniah kepada Suzana dinobat ikon wanita dunia dalam carilamat
Pengiktirafan kepada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana Maritim Malaysia itu menjadi kebanggaan seluruh Keluarga Malaysia.
Empat anggota TLDM ditemui selamat selepas hilang di perairan Sabah
Menurut kenyataan Markas Tentera Laut, Kementerian Pertahanan, bot tempur atau 'Rigid Hull Inflatable Boat' (RIB) bersama empat anggota itu ditemui oleh kapal KD Lekir pada pukul 10.30 pagi.