awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan dipersembahkan taklimat pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil
Jasamu kami kenang sampai akhir hayat, kata Afnan Hamimi kepada Muhyiddin
Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam letupan bom di Rameshwaram Cafe Bengaluru India

Bernama
Bernama
02/03/2024
11:32 MYT
Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam letupan bom di Rameshwaram Cafe Bengaluru India
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Tiada laporan mengenai rakyat Malaysia, termasuk pelajar yang terjejas dalam insiden letupan bom di Rameshwaram Cafe di Bengaluru, India, pada Jumaat (1 Mac).
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai memaklumkan pihaknya kini mengikuti laporan berkaitan insiden letupan yang mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan individu cedera, termasuk tiga kakitangan kafe dan seorang pelanggan.
"Berikutan itu, semua rakyat Malaysia di Bengaluru digesa sentiasa mengikuti perkembangan terkini, mengambil langkah berjaga-jaga, mematuhi amaran perjalanan dari pihak berkuasa tempatan dan mengelakkan tempat-tempat sesak kerana siasatan berkaitan insiden masih diteruskan," menurut kenyataan itu.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai di alamat: KONSULAT JENERAL MALAYSIA DI CHENNAI, No. 7 (Old No. 3) 1st Street, Cenotaph Road Teynampet, Chennai 600 018 Tamil Nadu atau melalui telefon (0091 44 2433 4434/35/36) dan e-mel [email protected].
Menurut laporan media antarabangsa, letupan yang dipercayai berpunca daripada bom buatan sendiri itu, berlaku sejurus selepas 1 tengah hari (07:30 GMT) pada Jumaat ketika orang ramai dari pejabat berdekatan beratur untuk menjamu selera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#insiden letupan
#Rameshwaram Cafe
#Kementerian Luar
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan