Tiada sebarang saman akan dikeluarkan kepada ibu bapa yang gagal menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) dalam tempoh enam bulan pertama pelaksanaannya yang bermula tahun hadapan.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata kementeriannya mengambil pendekatan mendidik dahulu sebelum langkah penguatkuasaan diambil sepenuhnya.
"Saya faham mentaliti rakyat Malaysia...kalau kita cakap tak wajib, memang takkan ada ramai yang buat (laksana). Kajian Institut Penyelidikan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati hanya 30 peratus sahaja pemilik kenderaan yang pasang kerusi keselamatan kanak-kanak.
"Apa yang penting kita beri kesedaran dan nasihat...kalau belum pasang (CRS), jangan saman dahulu, beri amaran dan peringatan," katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, pada Selasa.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Oktober lalu mengumumkan kerajaan akan menguatkuasakan penggunaan CRS di dalam kenderaan berkuat kuasa 1 Jan tahun hadapan dalam usaha mengurangkan kes kecederaan serius atau kematian kanak-kanak sekiranya berlaku kemalangan.
Loke berkata pihaknya juga telah mendapat kelulusan untuk mengenakan sifar peratus duti import CRS selain pengurangan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) daripada 10 peratus kepada lima peratus daripada Kementerian Kewangan (MOF).
"Kementerian berharap dapat menetapkan kadar sifar SST, namun ia memerlukan kelulusan daripada pihak MOF," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menyeru semua pihak terutama pengeluar kenderaan serta badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta untuk membantu usaha kerajaan dalam mewajibkan penggunaan CRS.
Katanya, terdapat juga pihak swasta yang telah memberikan subsidi pembelian CRS kepada golongan kurang berkemampuan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 19 2019
Kerajaan akan menguatkuasakan penggunaan CRS di dalam kenderaan berkuat kuasa 1 Jan tahun hadapan dalam usaha mengurangkan kes kecederaan serius atau kematian kanak-kanak sekiranya berlaku kemalangan. --fotoBERNAMA/Hiasan
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
HeiTech Padu ditawar kontrak sebelum Farhash jadi pemegang saham – Loke
Kontrak sejumlah RM185 juta kepada syarikat HeiTech Padu Berhad ditawarkan sebelum Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menjadi pengarah syarikat itu.
Malaysia nyata minat jadi tuan rumah Seatrade Cruise Asia 2026 - MOT
Pelanggan dinasihatkan untuk sentiasa memeriksa etihad.com untuk maklumat terkini mengenai pelepasan penerbangan mereka.
Keselamatan KLIA: Belum ada rancangan pasang alat pengesan logam - Anthony Loke
Sebarang langkah mengubah SOP termasuk di KLIA perlu mengambil kira beberapa aspek sebelum dilaksanakan.
Puluhan ribu penumpang dijangka banjiri lapangan terbang mulai hari ini - Loke
Waktu kemuncak ialah Sabtu dan Ahad kerana ramai mengambil cuti sempena perayaan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 10 April ini.
Kebanyakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak ditempah sepenuhnya - Anthony Loke
Kebanyakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak sudah ditempah sepenuhnya sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.
Kementerian Pengangkutan yakin ECRL siap Disember 2026, mula operasi Januari 2027 - Loke
Kementerian Pengangkutan yakin Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dapat disiapkan mengikut jadual pada Disember 2026 dan beroperasi bermula Januari 2027.
Aidilfitri: Jualan tiket bas di TBS laris, laluan ke Pantai Timur habis - Anthony
Sebanyak 220,000 daripada kira-kira 330,000 tiket bas ekspres di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk perjalanan sempena Hari Raya Aidifltiri telah terjual.
Pengendali terminal bas di Semenanjung wajib mohon lesen terminal - Loke
Pelesenan terminal adalah penting bagi penyeragaman kawal selia dalam memastikan kemudahan, keselamatan dan tahap perkhidmatan terminal pengangkutan sentiasa berada di tahap terbaik.
Perincian cukai jalan EV di peringkat akhir - Loke
Kementerian Pengangkutan kini di peringkat akhir perincian bagi kadar cukai jalan atau lesen kenderaan motor (LKM) untuk kenderaan elektrik (EV) dan ia dijangka diumumkan bulan depan.
Projek LRT tidak jejas status George Town sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke
Kerajaan jamin pembangunan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang tidak akan menjejaskan status George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.