awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada syarat hotel letak pelekat 'non halal lift' - Jakim

Bernama
Bernama
06/10/2022
15:39 MYT
Tiada syarat hotel letak pelekat 'non halal lift' - Jakim
Tiada sebarang klausa dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 dan Sistem Pengurusan Halal Malaysia 2020, yang menetapkan hotel atau premis perlu meletakkan penandaan "non-halal-lift". - Foto Sinar Harian/media sosial
KUALA LUMPUR: Tiada sebarang klausa dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 dan Sistem Pengurusan Halal Malaysia 2020, yang menetapkan hotel atau premis perlu meletakkan penandaan "non-halal-lift".
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan bagaimanapun hotel atau premis boleh menetapkan sebarang mekanisme kawalan halal yang bersesuaian selaras dengan prosedur ditetapkan bagi menjaga integriti Pensijilan Halal Malaysia.
"Jakim ingin merujuk laporan media berhubung sebuah hotel di Kuala Lumpur yang meletakkan tanda "non-halal lift" pada salah satu lif penerimaan bahan mentah hotel berkenaan.
"Laporan berkenaan turut menyatakan arahan berhubung penandaan "non-halal lift" merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Jakim," menurut Jakim dalam kenyataan di sini.
Terdahulu dilaporkan pengurusan sebuah hotel menyatakan premis berkenaan menampal pelekat 'non halal lift' di dalam lif yang digunakan untuk membawa barangan tidak halal dan barang mudah rosak.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, hotel berkenaan menyatakan ia adalah sebahagian daripada syarat ditetapkan pihak berkuasa untuk memastikan mereka menerima pensijilan halal.
Ia adalah maklum balas terhadap satu hantaran yang dimuat naik oleh peguam, Siti Kasim yang memuat naik gambar 'non halal lift' dan meminta penjelasan daripada hotel berkenaan berhubung kewajaran berbuat demikian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#non halal lift
#JAKIM
#Pensijilan halal Malaysia
#Sistem Pengurusan Halal Malaysia 2020
#hotel
#tidak halal
#pelekat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan