SHAH ALAM: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan tiada tambahan kes kolera dikesan sehingga kini selepas satu kes penyakit itu dilaporkan membabitkan seorang wanita tempatan dari daerah Petaling, dekat sini pada 21 Okt lalu.
Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha'ari Ngadiman menerusi kenyataan di Facebook JKNS memaklumkan wanita berusia 56 tahun itu telah sembuh sepenuhnya selepas mendapatkan rawatan.
"Hasil siasatan mendapati pesakit mengalami gejala cirit-birit teruk dan mendapatkan rawatan pada hari yang sama di sebuah fasiliti kesihatan swasta. Kes dirawat sebagai pesakit luar dan diambil sampel najis untuk ujian.
"Keputusan ujian Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) menunjukkan kehadiran bakteria vibrio cholerae, serogroup 01 dan serotype ogawa. Susulan itu, semua kontak rapat telah disaring termasuk pengendali makanan yang terlibat dan pengambilan sampel persekitaran juga dijalankan," katanya.
Dr Sha'ari memaklumkan siasatan lanjut telah dijalankan secara menyeluruh, namun JKNS tidak dapat mengenal pasti punca jangkitan, selain tiada kes baharu diterima sehingga kini.
"Oleh itu, seiring dengan saranan Kementerian Kesihatan (KKM), JKNS ingin menegaskan bahawa penyakit kolera berupaya merebak dengan cepat dan boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera. JKNS akan sentiasa memantau situasi semasa di Selangor bagi membendung sebarang kemungkinan perebakan penyakit tersebut.
"Masyarakat diseru minum air yang telah dirawat atau dididihkan, mengamalkan kebersihan diri, mencuci tangan, mendapatkan rawatan segera sekiranya mempunyai gejala kolera dan tidak makan makanan mentah atau tidak dimasak sempurna," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 15 2021
Dr Sha'ari berkata, penyakit kolera berupaya merebak dengan cepat dan boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera. - Gambar fail
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis nafi rakyat Singapura ditahan
PDRM menafikan seorang warga Singapura antara tujuh ditahan berkaitan siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Tunggu aku balik' - Rakan kenang pesan arwah
Ami acap kali berpesan kepadanya dan rakan-rakan yang lain supaya menantikan kepulangannya ke kampung halaman.
Lelaki disyaki ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel ditahan
Polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak selepas disyaki membuat ugutan bunuh kepada ibu bapa penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di media sosial pada Jumaat.
Fokus Minggu Depan: Menangani dan memahami pemikiran ekstrem
Prof Dato Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan
Kerajaan Sabah menetapkan sasaran 30 peratus penyertaan syarikat tempatan berskala kecil dalam bidang industri melibatkan perkhidmatan minyak dan gas serta peralatan di negeri itu.
Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Paja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi
Tentera Darat Malaysia akan terus memperkukuh komunikasi dan koordinasi ketumbukannya terutamanya melibatkan pos-pos terpencil seperti kawasan sempadan dan pulau.
Nigeria lapor 1,629 kes taun, 48 kematian
Sebanyak 1,629 kes disyaki kolera atau taun termasuk 48 kematian telah dilaporkan pada penghujung April tahun ini, umum Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Nigeria (NCDC) pada Selasa.
Korea Utara hantar bantuan kepada 800 keluarga tangani wabak usus
Kim mengarahkan pegawai-pegawainya untuk segera menjalankan tugas meringankan beban dan kesukaran rakyat negara itu.
Tiada kes taun baharu di Selangor, pemantauan tetap diteruskan - Exco
Dr Siti Mariah Mahmud berkata hanya satu kes dilaporkan pada 21 Okt lepas dan pesakit tersebut kini telah sembuh sepenuhnya.
Tiada tambahan kes kolera dikesan - JKNS
Pengarah Kesihatan Selangor memaklumkan wanita berusia 56 tahun itu telah sembuh sepenuhnya selepas mendapatkan rawatan.
Kes kolera dikesan di Selangor - Khairy
Satu kes kolera dikesan di daerah Petaling, Selangor.
Wabak kolera di Nigeria, lebih 2,000 maut
Sejumlah 65,145 kes disyaki kolera telah dilaporkan dari 23 negeri dan di wilayah ibu kota dengan 2,141 kematian.
Sabah rekod 2,537 kes demam denggi
Sabah juga mencatatkan 16 kes penyakit kolera termasuk dua kes baharu masing-masing satu di Semporna dan Beaufort.
COVID-19: Pandemik masih belum berakhir - WHO
Agensi itu melahirkan kebimbangan dengan peningkatan kes positif dan kematian di Afrika, Timur Eropah, Amerika Latin dan beberapa negara Asia.
Al-Jazeera dipaksa tutup pejabat cawangan di Yaman
Pasukan tentera yang berkhidmat untuk pihak berkuasa keselamatan berpengkalan di Taiz, bandar di wilayah selatan Yaman, telah menyerbu pejabat Al-Jazeera di bandar terbabit.