Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan Dan Warisan, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata wabak ini boleh diperolehi di mana-mana dan jangka masa inkubasi wabak sekitar dua hingga empat hari.
Katanya, influenza adalah penyakit yang disebabkan oleh virus yang berjangkit melalui sistem pernafasan dengan gejala utama seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit kepala, sakit otot dan kelesuan.
"Pada masa ini, di Johor tiada wabak penyakit Influenza A (H1N1) di Johor dan wabak ini boleh diperoleh di mana-mana.
"Jadi kalau pesakit balik dari Johor awal bulan, pada ketika ini sudah lewat bulan (berminggu) mungkin dia berjangkit di kalangan rakan-rakan," katanya sebagai mengulas dua pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dijangkiti Influenza H1N1 selepas bercuti di Johor awal bulan ini.
Jelas Mohd Khuzzan, gejala dan tanda-tanda jangkitan adalah berbeza mengikut kategori umur mereka yang dijangkiti.
Katanya wabak yang disebabkan virus influenza bermusim hanya menyebabkan demam selesema ringan pada orang biasa tetapi boleh menyebabkan jangkitan yang teruk seperti pneumonia kepada kumpulan risiko seperti kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis (diabetes).
"Kebanyakan demam selsema yang dilaporkan sebelum ini adalah disebabkan virus influenza
bermusim antara lainnya meliputi Influenza A ataupun Influenza B.
Sebagai langkah-langkah pencegahan penularan jangkitan salur pernafasan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi.
"Amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitiser, mengamalkan adab batuk yang baik dan cara hidup sihat," katanya.
Pada Jumaat, dilaporkan dua pegawai TLDM yang bertugas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak dijangkiti penyakit Influenza A (H1N1).
Cawangan Komunikasi Strategik Markas TLDM dalam kenyataan ada memaklumkan keadaan itu bermula awal bulan ini setelah mereka pulang daripada bercuti di Johor.
Astro Awani
Sat Dec 21 2019
Sebagai langkah-langkah pencegahan penularan jangkitan salur pernafasan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi. - Gambar hiasan
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Wabak demam misteri di Gujarat, India ragut 16 nyawa
Wabak itu dilaporkan di beberapa kampung di Daerah Kachchh, kira-kira 380 km ke barat Gandhinagar, ibu kota Gujarat.
Israel lapor kematian keempat akibat demam Nil Barat
Kementerian itu berkata ia sedang menyiasat satu kes disyaki di mana virus berkenaan mungkin menyebabkan kematian pesakit lain.
PM Thailand disahkan positif COVID-19
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin mengesahkan hari ini bahawa beliau positif COVID-19.
Budak 12 tahun meninggal dunia disyaki akibat strok haba
Airiel Syahren disahkan meninggal dunia akibat septic shock secondary to meningoencephalitis.
Itali muncul sebagai 'hotspot' demam West Nile
Institut Kesihatan Itali melaporkan pada Jumaat jumlah jangkitan virus itu telah meningkat lebih 50 peratus sepanjang minggu lalu.
Tip turunkan suhu badan anak demam guna satu bahan sahaja
Petua ini yang diamalkan ibu ini setiap kali anak demam sejak dari dulu sehingga anak-anak sudah besar.
Cacar monyet: Singapura sahkan kes keempat
Pesakit merupakan warga negara India berumur 30 tahun yang menetap di republik itu, dan baru kembali dari Jerman.
Kes berkemungkinan COVID-19 kembali meningkat di Korea Utara
Ini kali pertama jumlah itu melepasi paras 100,000 dalam tempoh tiga hari.
Guna bawang merah elak demam, selesema, batuk berjangkit satu rumah
Elak masalah kesihatan ini berjangkit dengan menggunakan bahan yang terdapat di dapur sahaja.
Kata azimat, 'anda akan sembuh' dari doktor, jururawat beri kekuatan bekas pesakit COVID-19
Keikhlasan doktor dan jururawat yang menjaganya sepanjang 16 hari menerima rawatan akibat COVID-19 di Hospital Sultanah Nur Zahirah, dekat sini meninggalkan kesan mendalam buat Syahril Hirman Azmee.