awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada yang tertinggal di Selangor - MB

Sinar Harian
Sinar Harian
12/06/2023
05:11 MYT
Tiada yang tertinggal di Selangor - MB
Amirudin berucap pada majlis penyerahan sumbangan tunai menerusi Inisiatif Roda Darul Ehsan kepada penghantar p-hailing di Selangor baru-baru ini. - Gambar fail
SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor menambah peruntukan sebanyak RM1 juta agar lebih ramai pekerja p-hailing di negeri ini mendapat manfaat Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE).
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, peruntukan tambahan tersebut diberikan kepada lebih 2,000 pemohon yang masih belum menerima inisiatif bantuan berkenaan.
"Untuk tahun ini sahaja, kerajaan negeri terima hampir 6,000 permohonan program RiDE, Insya-ALLAH kerajaan negeri dengan sedaya upaya akan membantu mereka.
"Seperti yang saya selalu sebut dalam ucapan saya, di Selangor, 'no one will be left behind'," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya.
Pada tahun ini kerajaan negeri memperuntuk sebanyak RM2 juta bagi melayakkan lebih 3,000 pekerja p-hailing menerima sumbangan RM500 serta caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bernilai RM50.
Kerajaan negeri bagaimanapun menambah peruntukan sebanyak RM1 juta agar lebih ramai pekerja p-hailng di negeri ini mendapat manfaat menerusi inisiatif tersebut.
Menteri Besar menambah, bukan itu sahaja, pekerja p-hailing turut menerima caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan perlindungan insurans di bawah Skim Insurans Am Selangor (Insan) di bawah inisiatif RiDE.
RiDE diwujudkan pada 2020 selepas kerajaan negeri melihat keperluan melindungi pekerja p-hailing berikutan kebergantungan masyarakat terhadap sektor itu terutama selepas penularan wabak Covid-19.
Media sebelum ini melaporkan sejak RiDE diperkenalkan hingga tahun lalu, 6,500 mendapat manfaat dengan hampir 15,000 pekerja p-hailing di negeri ini memohon inisiatif terbabit. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#Inisiatif Roda Darul Ehsan
#pekerja p-hailing
#ride
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan