Dialog bersama Tun Dr Mahathir Mohamad boleh dibuat di luar negara seandainya tidak mendapat kebenaran diadakan di Malaysia, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Menurut beliau, pihaknya sedia menunggu tarikh baru debat termasuk sedia berhujah bersama bekas perdana menteri itu di kawasan polis.
Tegasnya, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk berdebat dengan Dr Mahathir.
"Kita boleh buat di London, di Antartika, bila-bila masa sahaja.
"Kalau di Malaysia tidak boleh, kita buat di Antartika, di sana banyak penguin, penguin ini tidak faham bahasa Melayu atau Inggeris," katanya sinis semasa sidang media di bangunan Parlimen di sini hari ini.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff pada Ahad berkata, dialog antara Dr Mahathir dan Mohamed Nazri yang dirancang diadakan pada 7 April dibatalkan atas faktor keselamatan, perlindungan hak dan kebebasan orang ramai.
Jelasnya, sehingga Ahad, polis telah menerima 18 laporan daripada individu di negeri ini yang membantah debat tersebut.
Dalam pada itu, Mohamed Nazri menolak sebarang cadangan debat itu diadakan di tempat tertutup dan ditonton hanya di media sosial.
"Saya mahu pertemuan secara fizikal (berhadapan). Saya mahu ada penonton dan bukan ditayang di laman sosial.
"Mengapa debat ini dibatalkan, saya tidak tahu. Mungkin saya dilihat ancaman kepada negara, untuk Dr Mahathir mungkin tidak kerana dia sudah tua," jelasnya.
Pada Sabtu, polis membatalkan kebenaran penganjuran debat itu yang dijadualkan diadakan di Kompleks Karangkraf, Shah Alam.
BACA: Permit ditarik balik, debat Tun Mahathir-Nazri Aziz dibatal
BACA: Permit ditarik balik: Polis terima 18 laporan bantahan
Sebelum ini pada 25 Mac, debat antara kedua-dua tokoh politik itu di Padang Rengas, Perak turut dibatalkan atas faktor keselamatan.
Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad menafikan menerima sebarang aduan daripada penduduk kawasan itu mengenai debat di antara Dr Mahathir dan Mohamed Nazri.
"Ada yang tanya, ada atau tidak mana-mana warga Shah Alam yang buat aduan kerana takut keselamatan, tidak ada.
"Saya hendak beritahu polis, jika mereka takut hendak buat di kawasan terbuka, buatlah di IPD.
"Saya rasa semua wartawan juga boleh ke IPD, kalau di IPD tidak selamat, ada sesuatu yang tidak kena dalam negara kita," katanya.
Sebelum ini, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam menyifatkan debat itu wajar diteruskan.
Tegasnya, dunia kini sudah semakin terbuka, malah politik negara juga telah berada di peringkat matang.
Wan Syamsul Amly
Mon Apr 03 2017
NAZRI: Kalau di Malaysia tidak boleh, kiita buat di Antartika, di sana banyak penguin, penguin ini tidak faham bahasa Melayu atau Inggeris.
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Virus selesema burung landa Antartika, penguin terjejas
Penyakit itu mula dikesan di tanah besar benua beku itu bulan lalu dan sejak itu dikesan dalam populasi burung penguin dan kormoran.
Malaysia akan kena tempias setiap perubahan di Antartika - Pakar
Setiap perubahan di benua Antartika akan mempunyai kesan kepada Malaysia khususnya dalam aspek iklim meskipun negara berada jauh dari kutub itu.
Ais cair mendadak di Antartika, penyelidik 'panik'
Antartika boleh hilang ais sepenuhnya dan ia bakal disaksikan oleh generasi yang akan datang.
Aisberg terbesar dunia bergerak selepas 3 dekad
Aisberg berkenaan merupakan serpihan terbesar gunung ais yang masih wujud dan terpisah dari Filchner Ice Shelf pada ogos 1986.
Selesema burung dikesan di rantau Antartika buat kali pertama
Para saintis bimbang wabak Influenza Burung Sangat Patogenik (HPAI) yang paling teruk dalam sejarah akan sampai ke Antartika.
China sambung pembinaan pusat antartika kelima, kata badan pemikir
Kehadiran fizikal Beijing semakin meningkat di wilayah kutub selatan yang berfungsi untuk memajukan kepentingan strategik dan ketenteraan.
Prof Justin, saintis pertama negara jalani penyelidikan di Antartika
Justin berjaya mengharumkan nama Sabah dengan mengibarkan bendera negeri ini bersama-sama Jalur Gemilang sepanjang tempoh program penyelidikan selama enam bulan bermula 15 Mac.
Kiamat iklim 2040? Malaysia antara negara terjejas
Ais cepat mencair, suhu makin panas di Antartika, gunung berapi mula aktif di Kutub Utara kesan daripada pemanasan global petanda besar berlaku kiamat iklim, diramal 2024 dengan Malaysia terjejas sama
'Iceberg' terbesar dunia, separuh saiz negeri Kedah kini hanyut di lautan
Terbaru, sebuah bongkah ais terbesar di dunia - panjang 175 kilometer, lebar 25 kilometer - terpisah dari lokasi asalnya di Antartika.
Saintis temui bukti peristiwa letupan meteorit 430,000 tahun dahulu
Pasukan saintis antarabangsa menemui bukti baharu kejadian meteoritik yang berlaku di Antartika 430,000 tahun lalu.