ALOR SETAR: Seorang individu dihalang menggunakan perkhidmatan feri penumpang di Terminal Feri Kuala Kedah untuk ke Langkawi selepas dikesan tidak lengkap vaksinasi pada Khamis.
Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, perkara tersebut dikesan semasa pemeriksaan rapi yang dilakukan selaras dengan kebenaran yang diberikan untuk sektor pelancongan melalui gelembung pelancongan domestik.
Menurutnya, terminal itu juga telah kembali beroperasi pada Khamis selepas berhenti operasi sejak lebih dua minggu lalu akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi kawasan Kuala Kedah.
"Seawal jam 10.40 pagi, penumpang perkhidmatan feri Kuala Kedah yang terdiri daripada pelancong yang ingin ke Pulau Langkawi mula memasuki kawasan terminal feri.
"Sepanjang pemantauan hari ini, hanya seorang individu yang dikesan tidak lengkap vaksinasi dan telah dihalang untuk menggunakan perkhidmatan feri penumpang ke Langkawi," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Mengulas lanjut, Kamarul Zaman berkata, proses saringan kesihatan dan COVID-19 telah dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selain pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurutnya, secara keseluruhan beliau menyifatkan pengurusan perkhidmatan feri ke Langkawi berjalan lancar dan terkawal mengikut SOP yang ditetapkan.
"Tiada berlaku kesesakan luar jangka sepanjang proses kemasukan penumpang ke dalam feri pada hari pertama pengoperasian Terminal Feri Kuala Kedah.
"PDRM kontinjen Kedah mengucapkan terima kasih kepada semua pelancong yang telah mematuhi SOP dan memberikan kerjasama kepada semua petugas," katanya.
Katanya, penghargaan juga diberikan kepada semua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), petugas perkhidmatan feri dan pengusaha tempat letak kereta yang telah memberikan perkhidmatan dan kerjasama terbaik dalam memastikan kelancaran pengoperasian di Terminal Feri Kuala Kedah.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Thu Sep 23 2021
PDRM mengawal dan memantau pematuhan SOP di Terminal Feri Kuala Kedah pada Khamis. - Foto Sinar Harian
Pengesahan pembayaran Google Play Store kelak akan buang sokongan kata laluan
Google dilihat akan membuang sokongan kata laluan bagi menggalakkan pengguna mengesahkan pembayaran dengan sistem biometri.
Penerbangan bawa balik jenazah mendiang Joseph Kurup dibatalkan
Jenazah mendiang sepatutnya dibawa melalui penerbangan komersial dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu untuk upacara penghormatan terakhir.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Reformasi ekonomi: Bukan sekadar umum, rakyat perlukan penjelasan - Penganalisis
Pelbagai platform dan kaedah penerangan perlu dilakukan lantaran tahap kefahaman rakyat terhadap sesuatu isu adalah berbeza.
Tarif air pengguna domestik Perak naik 5 sen mulai 1 Mei - Saarani
Saarani berkata, beliau yakin kenaikan itu tidak terlalu tinggi dan boleh diterima oleh rakyat.
Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import
Bekas penyerang kebangsaan itu berkata kehadiran pemain import amat diperlukan pada posisi tengah menyerang.
Wanita Singapura hilang di Sepanyol ditemui mati dengan kesan tikaman: Laporan
Polis tempatan tahan seorang lelaki warga Singapura untuk dirakam keterangan.
Google tidak akan tuntut hak cipta atas kandungan dijana AI
Google tidak akan menuntut hak cipta output yang telah dijana dengan perkhidmatan AI generatif mereka.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Lelaki mengaku tidak bersalah sebabkan kematian suspek samun
Tertuduh, Han Boon Hau, 33, yang bekerja di kedai aluminium bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Laskar Kanan Maritim mengaku tidak bersalah 12 tuduhan rasuah
Mengikut pertuduhan, semua kesalahan didakwa dilakukan Mohd Fazli di Maybank Islamic Centre, Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar.
Suami sempat lindung isteri dan anak sebelum maut dihempap pokok
Tindakan suami menghulurkan tangan berjaya menyelamatkan isteri dan anak sebelum maut selepas kenderaan yang dipandu dihempap sebatang pokok.
Lelaki pukul anggota JPJ dipenjara sehari, denda RM4,000
Seorang lelaki memukul anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tular di media sosial telah dipenjara satu hari dan didenda RM4,000.
Penganut Hindu sibuk lakukan persiapan akhir menjelang Deepavali
Penganut Hindu di negeri ini mengambil kesempatan cuti hujung minggu hari ini untuk melakukan persiapan akhir dengan membeli barangan keperluan menjelang sambutan perayaan Deepavali esok.
Polis kesan ‘Datuk’ kes penipuan lebih RM1 juta
Datuk palsu perdaya mangsa dengan tawaran perniagaan rakan kongsi yang tidak wujud.
Rasuah: Lima anggota penguat kuasa sebuah agensi direman enam hari
Lima anggota penguat kuasa sebuah agensi direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah.
Salahuddin alami pendarahan otak, sedang jalani pembedahan - Setiausaha Akhbar
Salahuddin kini menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
Kerajaan Perpaduan akan pastikan nasib pesawah terbela, pendapatan meningkat - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan akan memastikan nasib pesawah padi terbela dengan meningkatkan pendapatan mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiga beranak melecur, kereta meletup dan terbakar
Tiga beranak melecur selepas kereta yang dinaiki mereka meletup dan terbakar berhampiran sebuah premis di Alor Setar.