awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak perlu lagi tinggal di stor daif, ibu tunggal syukur terima rumah percuma

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
07/04/2023
04:12 MYT
Tidak perlu lagi tinggal di stor daif, ibu tunggal syukur terima rumah percuma
Ngatani (tengah) melahirkan rasa syukur apabila menerima sebuah rumah baharu secara percuma yang diberikan Kerajaan Negeri Pahang. - Gambar/ Astro AWANI
RAUB: "Lebih lima tahun saya dan anak tinggal di stor lama yang daif bersebelahan rumah pusaka milik arwah datuk, namun kini semua berakhir apabila diberikan rezeki memiliki kediaman sendiri".
Demikian kata penerima Rumah Rakyat Pahang (RRP), Ngatani Wagiman, 59, yang melahirkan rasa syukur apabila menerima sebuah rumah baharu secara percuma yang diberikan Kerajaan Negeri Pahang di Kampung Sungai Pasu, di sini.
Ibu tunggal kepada dua anak itu, dilihat tidak mampu menahan sebak selain turut menyifatkan pemberian RRP tersebut merupakan rahmat Ramadan sekali gus membolehkan keluarganya menyambut Aidilfitri di rumah baharu.
"Stor yang saya diami sebelum ini agak uzur termasuk atap bocor dan dinding berlubang. Jadi setiap kali hujan, kami akan kena tempias dan saya terpaksa menadah besen atau baldi bagi mengelak lantai basah.
"Bila saudara-mara datang menziarah, saya terpaksa jemput mereka ke rumah pusaka milik arwah datuk sebab stor yang saya diami sempit dan kurang selesa.
"Saya dan anak tidak tinggal di rumah pusaka itu kerana ramai adik beradik lain turut tumpang tinggal di rumah berkenaan," katanya.
Ngatani ditemui semasa Majlis Penyerahan Replika Kunci RRP yang disampaikan oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Dong, Fadzli Mohamad Kamal di Kampung Sungai Pasu di sini, semalam.
Sempena majlis itu, Fadzli telah menyerahkan replika kunci kepada enam penerima RRP dan Rumah Bantuan Mangsa Banjir Sumbangan Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (Rumah UAE) di sekitar Dong.
Ngatani berkata, agak sukar untuk dia memiliki kediaman sendiri kerana hanya bergantung kepada pendapatan harian yang tidak seberapa sebagai pembantu kedai makan.
“Ketika dimaklumkan saya salah seorang penerima RRP saya rasa sungguh bertuah dan tak sangka dapat rezeki macam ini," katanya.
Sementara itu, Fadzli berkata, RRP adalah hasil cetusan idea Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail untuk membantu rakyat susah yang tidak mampu memiliki rumah sendiri.
Menurutnya, rumah bernilai RM75,000 itu dilengkapi dengan ruang tamu, dapur, tiga bilik tidur, tandas dan bilik air serta barangan perabot bernilai RM2,000.
"Antara kriteria penerima RRP adalah mereka yang kurang berkemampuan dan berdaftar dalam e-kasih.
"Bagi tahun 2023, Menteri Besar bersetuju untuk meluluskan lapan buah RRP untuk dibina di setiap Dewan Negeri di Pahang," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Puasa 2023
#rumah percuma
#tinggal di stor buruk
#rumah rakyat pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan