awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak perlu PRK Parlimen Paya Besar - SPR

Bernama
Bernama
15/02/2018
11:40 MYT
Tidak perlu PRK Parlimen Paya Besar - SPR
Menurut Mohd Hashim, beliau telah menerima surat pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi tersebut daripada Speaker Dewan Rakyat semalam. - Gambar fail/BERNAMA
Tidak ada keperluan untuk mengadakan pilihan raya kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen Paya Besar di Pahang ekoran kematian penyandangnya Datuk Seri Abdul Manan Ismail, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.
Beliau berkata ia adalah selaras dengan peruntukan Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan memandangkan waktu terdapatnya kekosongan luar jangka itu berlaku telah melepasi tempoh kurang daripada dua tahun sebelum Parlimen dibubarkan.
"Maka kekosongan luar jangkaan itu tidak boleh diisi melainkan jika Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberitahu SPR secara bertulis akan keperluan pengisian kekosongan luar jangka tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
BACA: Ahli Parlimen Paya Besar meninggal dunia
Menurut Mohd Hashim, beliau telah menerima surat pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi tersebut daripada Speaker Dewan Rakyat semalam.
Abdul Manan, 70, meninggal dunia di kediamannya di Taman Melawati, Kuala Lumpur Isnin lepas (12 Feb) akibat serangan jantung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Manan Ismail
#kekosongan kerusi
#Mohd Hashim Abdullah
#Pahang
#Parlimen Paya Besar
#pilihan raya kecil
#PRK
#SPR
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan