awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak puas hati dimarahi isteri, lelaki bunuh pekerja

Bernama
Bernama
25/12/2018
10:18 MYT
Tidak puas hati dimarahi isteri, lelaki bunuh pekerja
Pihak polis menahan suspek di rumahnya di Kampar kira-kira 3.15 petang Isnin. - Gambar hiasan
Gara-gara tidak berpuas hati akibat dimarahi isteri, seorang lelaki nekad membunuh seorang lelaki warga Bangladesh sebelum membuang mayatnya ke dalam Sungai Kinta, Kampung Gajah, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata pada hari kejadian, suspek yang berumur 21 tahun memberitahu isterinya beliau telah keluar makan bersama mangsa yang juga pekerja di ladang lembu milik keluarganya di Kampar.
Mohamad Zainal berkata bagaimanapun mangsa menafikan perkara itu apabila ditanya oleh isteri suspek.
"Suspek tidak berpuas hati dengan mangsa kerana menyebabkan dia dimarahi isterinya dan isu tersebut melarat sehingga suspek nekad membunuh mangsa sebelum dibuang ke dalam sungai," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Mohamad Zainal berkata hasil risikan dan siasatan, pihak polis menahan suspek di rumahnya di Kampar kira-kira 3.15 petang Isnin.
"Siasatan awal mendapati mangsa dibunuh pada petang 15 Dis lalu sebelum dibuang di sungai tersebut kira-kira 10 kilometer dari ladang mereka bekerja," katanya sambil menambah suspek direman tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dalam kejadian pada 18 Dis lalu, mangsa, MD Ovaidul Khan, 32, ditemui mati dalam keadaan terapung selepas tersangkut pada pokok di Sungai Kinta dengan keadaan kaki kanan diikat dengan sebuah motosikal dipercayai digunakan sebagai pemberat untuk menenggelamkan mayat mangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jenayah
#kes bunuh
#PDRM
#polis
#warga Bangladesh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan