awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas PM Bangladesh Khaleda Zia meninggal dunia
AFCON: Tuan rumah tamatkan peringkat kumpulan dengan kemenangan bergaya
PN Perlis hormati keputusan Muhyiddin lepas jawatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak rujuk MEF, majikan keliru dasar baharu PTPTN

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
05/12/2018
10:34 MYT
Tidak rujuk MEF, majikan keliru dasar baharu PTPTN
Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan menegaskan keputusan PTPTN itu dibuat tanpa persetujuan majikan yang mana pelaksanaan dasar itu akan membebankan majikan. - fotoBERNAMA
Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) membantah tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mengenakan potongan gaji pekerja menerusi majikan.
Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan menegaskan keputusan PTPTN itu dibuat tanpa persetujuan majikan yang mana pelaksanaan dasar itu akan membebankan majikan.
"MEF akan berhubung dengan PTPTN mengenai perkara ini. Sudah pasti perkara ini telah diumumkan oleh PTPTN tanpa perbincangan dengan pihak majikan.
"Saya rasakan adalah perlu untuk mereka membuat perbincangan sebelum mengumumkan perkara sedemikian kerana ia akan menyebabkan banyak kekeliruan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini pada Rabu.
BACA: Isu PTPTN: 'Hatta dengan bapa sendiri pun, hutang mesti dibayar' - Harussani
BACA: Awas ... Peminjam PTPTN tak boleh lari!
BACA: Ini reaksi netizen mengenai kadar pembayaran balik PTPTN
Jelasnya, potongan gaji itu perlu dilakukan berdasarkan amaun tetap dan bukan berdasarkan peratusan gaji yang diterima pekerja.
"Sebenarnya, saya merasakan lebih elok kalau pihak PTPTN mengatakan bahawa untuk mereka yang bergaji tahap sedemikian dengan amaun dipotong, jika dibandingkan dengan peratusan daripada gaji berkenaan.
"Kalau gaji itu berdasarkan akaun dan sebagainya. Kita tidak mahu ada kecelaruan dalam kalangan majikan dalam perkara ini," ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#bayar hutang PTPTN
#majikan
#pendapatan
#Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
#Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia
#potongan gaji pekerja
#PTPTN
#Shamsuddin Bardan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan