NILAI: Kementerian Pendidikan (KPM) memiliki garis panduan berkaitan penggunaan media sosial dalam kalangan guru dan sentiasa memantau keadaan itu bagi memastikan ia tidak disalah guna bagi tujuan tertentu.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata justeru itu, golongan guru tidak boleh sewenang-wenangnya menyalahgunakan platform tersebut dan tindakan tegas akan diambil jika terbukti mereka melanggar garis panduan berkenaan.
"Kita memang sudah ada garis panduan itu termasuk kandungan yang dihasilkan mestilah memberikan pedoman dan untuk tujuan yang baik, kita pantau perkara tersebut dari semasa ke semasa dan ia memang dalam radar pemantauan.
"Kita minta guru juga sama-sama memastikan garis panduan itu dipatuhi kerana ia telahpun dilaksanakan... mereka tidak boleh sewenang-wenangnya (guna media sosial) kerana ada garis panduan dan mereka tahu akan perkara itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional KPM kali ke-8 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas saranan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) yang meminta KPM menguatkuasakan undang-undang bagi mengekang tindakan guru memuat naik bahan berkaitan isu dalaman sekolah di media sosial bagi mengelakkan impak negatif terhadap institusi pendidikan negara.
Fadhlina juga berkata kadar kebolehpasaran graduan kolej vokasional (KV) setiap tahun mencatatkan 98 peratus sekali gus membuktikan kemahiran mereka sangat diperlukan dalam industri malah lebih 70 peratus mendapat kerja sebelum konvokesyen.
Beliau berkata KPM juga sentiasa memberi tumpuan kepada aspek baharu dalam sektor tertentu untuk dipenuhi termasuk industri automotif, kenderaan elektrik, teknologi hidrogen dan kecerdasan buatan selaras hala tuju negara memperkasakan bidang tersebut.
Fadhlina berkata pihaknya juga mengambil tindakan proaktif dengan mengadakan hubungan rapat serta menjalin kerjasama strategik dengan agensi swasta dan industri bagi memastikan graduan KV mendapat pengetahuan serta pengalaman terus daripada industri.
"Penglibatan aktif murid KV dalam pertandingan kemahiran pada peringkat nasional dan antarabangsa juga menjadi kebanggaan KPM... pencapaian inovasi pelajar KV sangat mengagumkan dan saya percaya graduan KV bakal memimpin industri dan negara," katanya.
Seramai 6,616 graduan KV seluruh negara diraikan dalam majlis konvokesyen yang berlangsung selama lima hari bermula 29 Feb lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 04 2024
Fadhlina berkata, golongan guru tidak boleh sewenang-wenangnya menyalahgunakan platform tersebut dan tindakan tegas akan diambil jika terbukti mereka melanggar garis panduan berkenaan. - Foto Bernama
Malaysia berhasrat jalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz, terokai pelbagai bidang
Anwar menyifatkan lawatan beliau ke Republik Kyrgyz sebagai amat penting dan berkata Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan negara dikelilingi daratan itu dalam pelbagai bidang.
Pegawai kastam mengaku tidak bersalah terima rasuah RM69,350
Seorang pegawai JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 43 pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM69,350 dari 2017 hingga 2022.
10 Berita Pilihan - (15 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perdana Menteri Slovakia cedera ditembak, lapor media kerajaan
Seorang penyerang melepaskan beberapa das tembakan di hadapan House of Culture di pusat bandar Handlova.
Buah-buahan Malaysia buat penampilan pertama di Namibia
Acara yang diadakan di kompleks diplomatik itu mempamerkan mangga harum manis, nangka, nanas MD2, jambu lohan dan limau bali.
AWANI Ringkas: Perdana Menteri Singapura
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Data dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah sedia untuk kerajaan melaksanakan program rakyat termasuk subsidi bersasar pada bila-bila masa, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
AWANI Ringkas: Seleweng Projek RM1.2 Bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selangor negeri kelapan terima pakai Akta 672 - Nga
Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) di negeri itu.
Singapura dijangka kekal stabil meskipun tidak lagi dipimpin keluarga Lee - Pakar
Penganalisis Hubungan Antarabangsa, Dr. Zokhri Idris berkata peralihan kepimpinan utama Singapura kepada Perdana Menteri yang tidak datang dari keluarga Lee dijangka tidak menjejaskan kestabilan pentadbiran republik itu. Jelasnya, Singapura mempunyai sistem peralihan kepimpinan yang sistematik dan konsisten.
#AgendaAWANI
#AgendaAWANI
KPM laksana pelbagai inisiatif perkasa sistem pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memperkasakan sistem pendidikan negara.
KPM harap lebih banyak penglibatan swasta
Kementerian Pendidikan berharap lebih banyak syarikat swasta akan bekerjasama dengan kerajaan dalam membantu menjayakan agenda pendidikan negara.
KPM peruntuk lebih RM134 juta selenggara tandas SBK tahun ini - Wong
Lebih RM134 juta diperuntukkan kepada 1,919 Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) bagi projek menaik taraf serta menyelenggara tandas sekolah.
KPM sedia pertimbang cadangan keluar keputusan SPM lebih awal
Kementerian Pendidikan bersedia menimbang cadangan semua pihak termasuk NUTP supaya keputusan SPM 2023 diumumkan lebih awal.
Pemerkasaan bahasa Melayu, Inggeris perlu seiring - Fadhlina
Pemerkasaan Bahasa Melayu harus seiring dengan pengukuhan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua agar kedua-duanya tidak dipinggirkan.
Keputusan SPM 2023 diumum 27 Mei ini - KPM
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan diumumkan pada 27 Mei ini.
Reformasi pembangunan TVET perlu dibuat secara holistik
Reformasi pembangunan perlu dibuat secara holistik membabitkan ekosistem Pendidikan TVET sedia ada di Malaysia, kata Presiden Yayasan Mahir Malaysia, Datuk P Sri Ganesh.
Reformasi pendidikan: 'Jangan tambah subjek, beri penekanan interaksi sosial'
Pelajar di peringkat sekolah rendah seharusnya tidak dibebankan dengan terlalu banyak mata pelajaran dalam usaha meningkatkan aspek kualiti dan kecekapan.
Laporan Bank Dunia: Sistem pendidikan didakwa ketinggalan, MASA gesa tindakan segera
Azril mencadangkan agar penelitian tuntas dan telus terhadap sistem pendidikan dilakukan segera terhadap beberapa perkara.
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.