Orang ramai perlu dihebahkan bahawa bukan semua demam atau jangkitan memerlukan sebarang antibiotik dan ia bukan penyembuhan magik untuk semua penyakit, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye pada Isnin.
Beliau berkata, contohnya jangkitan viral, tidak memerlukan sebarang antibiotik dan orang ramai tidak perlu meminta antibiotik daripada doktor untuk setiap penyakit.
Dr Lee menekankan bahawa para profesional kesihatan agar tidak silap dalam memberi antibiotik dan syarikat perubatan pula dinasihati agar mengamalkan pemasaran yang bertanggungjawab.
"Kami juga berharap syarikat farmaseutikal bertanggungjawab terhadap etika dan pemasaran yang bertanggungjawab dalam usaha mempromosi ubat-ubatan mereka. Dalam industri pertanian, kita berharap kawalan dalam penggunaan antibiotik bagi menggalakkan pertumbuhan dan dalam penternakan.
"Ini kerana semua penggunaan antibiotik itu menyebabkan terikan rintangan ke atas bakteria yang akan merembes menerusi alam sekitar dan akhirnya dalam tetapan kesihatan manusia," katanya pada persidangan akhbar selepas merasmikan Bengkel Serantau Asia Mengenai Rintangan Antimikrobel (AMR), di sini.
Bengkel tiga hari yang bermula Isnin bertujuan untuk membincangkan mengenai pembangunan sejagat dan inisiatif terhadap AMR, dan berkongsi maklumat hingga negara-negara Asia dapat bertindak balas kepada krisis AMR, termasuk reaksi dasar di peringkat negara.
Bengkel itu disertai oleh penggubal dasar kebangsaan dari Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertanian, Kementerian Alam Sekitar dan para pakar dari 16 negara.
Dr Lee berkata, kerajaan memberi keutamaan tertinggi dalam berhadapan isu AMR dengan menubuhkan satu jawatankuasa AMR kebangsaan, yang dipengerusikan oleh Menteri Kesihatan, Menteri Pertanian dan Asas Tani, dan wakil-wakil kanan dari kedua-dua kementerian.
"Di hospital kerajaan, kita juga mempunyai program Pengawasan AMR, di mana kita menyediakan garis panduan kepada doktor mengenai bila untuk digunakan, bila tidak perlu digunakan terutama bila tidak perlu menggunakan antibiotik. Antara program berkenaan melibatkan bagaimana untuk mengelakkan jangkitan di hospital," katanya.
AMR adalah ancaman global yang signifikan kepada kesihatan orang ramai, keselamatan makanan dan pembangunan hari ini.
UK Review dalam kajian berhubung AMR merumuskan berdasarkan kepada aliran pada masa sekarang akan terdapat 10 juta kematian di seluruh dunia akibat AMR pada 2050 dan sembilan juta akan berlaku di negara-negara sedang membangun (4.7 juta di Asia, 4.2 juta di Afrika dan 392,000 di Amerika Latin).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2019
Dr Lee menekankan bahawa para profesional kesihatan agar tidak silap dalam memberi antibiotik dan syarikat perubatan pula dinasihati agar mengamalkan pemasaran yang bertanggungjawab. - Gambar hiasan
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
"Yang salah tetap salah, pintu taubat sentiasa terbuka" - Norman Hakim
Bapa kepada pempengaruh yang terpalit dengan tuduhan penyondol rumah tangga pasangan muda, Marissa Dania Hakim, Norman Hakim akhirnya bersuara.
Batuk Kokol: "Jangkitan bertoksin, boleh sebabkan antibiotik kurang berkesan" - Pakar Kesihatan Awam
Jangkitan batuk kokol berbeza dengan jangkitan lain memandangkan bakteria punca penyakit tersebut mengeluarkan toksin pada sel saluran pernafasan.
Warga emas Thailand maut selepas cabut 12 batang gigi
Seorang warga emas maut selepas 12 batang giginya dicabut dan menyebabkan pendarahan tidak terkawal di Hospital Singburi, Thailand.
Produk kosmetik Skin Revolution dikesan mengandungi racun berjadual
Notifikasi produk itu telah dibatalkan sekali gus tidak lagi dibenarkan untuk dijual di negara ini.
MB Perak bertopang ke DUN akibat ekzema
Berikutan itu, Ahmad Faizal kini perlu menjalani rawatan antibiotik selama tiga hari dan dinasihatkan oleh doktor untuk berehat di hospital.
Ainul tak sihat, keluarga tangguh hasrat pulang ke Malaysia
Mereka sepatutnya menaiki penerbangan jam 9.35 malam tadi (waktu United Kingdom), namun terpaksa menangguhkannya kerana tidak mendapat kebenaran doktor.
Tidak semua demam, jangkitan memerlukan antibiotik - Dr Lee
Beliau berkata, contohnya jangkitan viral, tidak memerlukan sebarang antibiotik dan orang ramai tidak perlu meminta antibiotik daripada doktor untuk setiap penyakit.
Malaysia mohon kos ujian, rawatan TB dikaji semula
Bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata kos ujian dan rawatan yang tinggi melibatkan penyakit TB perlu dikaji semula.
Ikan tilapia di Malaysia selamat dimakan
Pihaknya telah melaksanakan pemantauan di bawah Program Pemantauan Residu Akuakultur (ARMP) dan 'Sanitary and Phytosanitary' (SPS) dari masa ke semasa.
Bekalan ubat antibiotik mencukupi - Subramaniam
Bekalan ubat antibiotik di klinik-klinik kesihatan negara ini adalah mencukupi, kata Menteri Kesihatan.