BATU GAJAH: Laluan Jalan Simpang Pulai-Blue Valley yang terjejas akibat tanah runtuh baru-baru ini, tidak boleh dibuka secara terburu-buru kepada pengguna.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ini adalah kerana kerja-kerja baik pulih cerun sepanjang 100 meter yang terjejas itu perlu dibuat secara berhati-hati oleh unit cerun Jabatan Kerja Raya (JKR).
"Saya yakin (cerun runtuh) masih dalam proses pembaikan dan mendapat nasihat teknikal terutama sekali dari unit cerun Ibu Pejabat JKR.
"Selepas mereka berpuas hati kawasan itu selamat untuk digunakan baru dia akan umum (pembukaan semula laluan)," ujarnya.
Saarani berkata demikian dalam sidang media selepas membuat lawatan kerja di Kapal Korek Tanjung Tualang No.5 (TT5) dan Maze Garden di sini, pada Khamis.
Menurut Saarani, kerja-kerja baik pulih itu berada di bawah tanggungjawab dan pemantauan JKR.
"Kerajaan negeri sebenarnya tidak boleh nak masuk campur sangat, ini kerana ia sangat teknikal dan terletak di bawah tanggungjawab JKR sepenuhnya.
"Saya yakin mereka kena buat secara berhati-hati dan kalau terpaksa ambil masa yang panjang itu pun mereka perlu buat kerana ia tidak boleh dibuat secara terburu-buru, takut nanti akan runtuh semula dan akan memakan kos yang lebih berganda,''katanya.
Dalam masa sama, Saarani berkata, pihak JKR perlu mengambil kira risiko pergerakan tanah yang mungkin masih berlaku di kawasan terbabit.
"Kita kena buat kajian sama ada potensi berlaku pergerakan tanah di kawasan itu atau di kawasan lain… setakat ini kita belum mendapat maklumat berapa lama laluan akan ditutup.
"Kita tidak terdesak sangat (buka laluan) sebab orang masih ada laluan di Tapah, tapi tentulah kita gembira kalau kawasan itu selamat dan mudah dilalui, kerana sedikit sebanyak beri sumbangan kepada negeri Perak," katanya.
Baru-baru ini media melaporkan laluan yang terjejas dijangka dibuka hari ini sekiranya keadaan cuaca mengizinkan.
Aida Aziz
Thu Dec 09 2021
Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerana kerja-kerja baik pulih cerun sepanjang 100 meter yang terjejas itu perlu dibuat secara berhati-hati oleh unit cerun Jabatan Kerja Raya. - Gambar fail
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
13 hilang tapak projek kereta api runtuh di China
Biro pengurusan kecemasan daerah Baoan melaporkan tanah di bawah tapak rel Shenzhen-Jiangmen runtuh secara tiba-tiba pada Khamis malam.
Angka korban banjir di selatan Thailand meningkat, hampiri 30 orang
Wilayah terjejas yang sudah bergelut dengan arus deras banjir sedang bersiap sedia untuk hujan lebih lebat dalam beberapa hari akan datang.
Perak siap sedia hadapi gelombang kedua banjir - MB
Perak bersiap sedia menghadapi risiko gelombang kedua banjir yang mungkin melanda negeri ini dengan jangkaan taburan hujan yang tinggi berlaku di kawasan Hulu Perak.
MTL: Pihak berkaitan diarah pergiat pantau lokasi berisiko tanah runtuh - Ahmad Zahid
Pastikan kejadian tanah runtuh seperti yang berlaku di Kampung Bukit Apit, Ajil, yang mengorbankan dua beradik, petang semalam, tidak berulang.
Lagi tanah runtuh hempap rumah penduduk di Ajil
Insiden menimpa rumahnya berlaku dalam tempoh sama dengan tragedi tanah runtuh yang menyebabkan dua beradik maut di Kampung Bukit Apit.
Tanah runtuh: 14 penduduk Kampung Laloh diarah pindah segera
Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati kawasan tersebut sudah tidak selamat untuk diduduki.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 November 2024.
Dua beradik maut, seorang cedera insiden tanah runtuh di Kuala Berang
Dua beradik perempuan terkorban dalam insiden tanah runtuh yang menghempap rumah mereka di Kampung Bukit Apit, Ajil, di sini pada 4.30 petang tadi.
3 sekeluarga terperangkap rumah dihempap tanah runtuh
Tiga individu dipercayai daripada satu keluarga terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Apit, Ajil, Hulu Terengganu di sini petang ini.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.