Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub hari ini menegaskan tidak wujud sebarang projek pembangunan yang menyebabkan setiausaha politiknya disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau berkata, siasatan SPRM terhadap setiausaha politiknya juga telah selesai dan setakat ini tiada sebarang tindakan diambil ke atas lelaki berkenaan.
"Tiada projek (yang akan dibangunkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani), it's a nonsense (itu mengarut)," katanya ringkas kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan kilang susu Goodday di sini, hari ini.
Jelas Salahuddin, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk setiausaha politiknya itu terus menjalankan tugas seperti biasa memandangkan tiada pendakwaan dikenakan ke atas pegawai tersebut.
"Sejak hari pertama (setiausaha politiknya dibebaskan daripada tahanan reman) pun dia sudah bertugas. Saya tidak mempunyai masalah untuk beliau bertugas," katanya.
BACA: Menteri tidak campur tangan kes setiausaha politik ditahan SPRM
Pada 1 April lepas, SPRM menahan setiausaha politik berumur 47 tahun itu kerana disyaki menerima suapan berbentuk seutas jam tangan bernilai kira-kira RM28,000 namun dibebaskan pada Khamis lalu.
Menurut sumber, penerimaan jam tangan itu adalah sebagai dorongan untuk membolehkan sebuah syarikat pembangunan mendapatkan projek di bawah kementerian tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 09 2019
Salahuddin ketika menjawab soalan wartawan pada Majlis Pelancaran Kilang Susu Goodday di Etika Dairies Sdn Bhd Taman Perindustrian Meru, Klang, 9 April, 2019. --fotoBERNAMA
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Huawei lancar MatePad 12 X, jam pintar Huawei Watch D2
HUAWEI MatePad Twelve 12 X merupakan sebuah tablet yang menggabungkan produktiviti dan kreativiti dalam reka bentuk yang 'ultra-stylish'.
Pengurus kedai kek didakwa tipu pembelian jam tangan bernilai lebih RM300,000
Seorang pengurus sebuah kedai kek mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan dalam urusan pembelian seutas jam tangan berjenama bernilai lebih RM300,000.
Sistem kesan apnea tidur Samsung Galaxy Watch terima kelulusan FDA
Sistem pengesanan apnea tidur Samsung memerlukan waktu tidur pemakai dijejak selama empat jam sehari selama dua hari.
Bostami Ahmad melakar nama dalam dunia jam tangan
Jam tangan edisi terhad Artwist memaparkan karya seni unik artis dari serata dunia.
Pengarah ZCSB beri jam tangan Maurice Lacroix sempena hari jadi Lim Guan Eng
Pengarah ZCSB memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa beliau memberikan wang RM100,000 dan seutas jam tangan jenama Maurice Lacroix bernilai RM43,000 kepada Lim Guan Eng sempena ulang tahun kelahirannya.
Samsung lancar UI terbaharu Galaxy Watch
Antara muka pengguna One UI Watch dengan sistem operasi yang dibangunkan bersama Google untuk pengalaman yang lebih lancar di antara jam tangan Galaxy Watch dan telefon pintar Android.
Pengurusan kes kehadiran pihak ketiga untuk tuntut harta Najib, 17 lain ditetap 11 Nov
Sekiranya tiada mana-mana pihak ketiga tampil membuat tuntutan, mahkamah akan meneruskan kes tersebut dengan menetapkan tarikh perbicaraan.
Energi sukan premium dan gaya profesional dalam Breitling Endurance Pro!
Serlahkan gabungan gaya aktif sukan premium dan profesional anda dengan model terbaharu Breitling Endurance Pro hasil ciptaan jenama jam tangan terkemuka, Breitling dari Switzerland.
Samsung lancar Galaxy Unpacked 2020 awal Ogos
Di Korea Selatan, Galaxy Note 20 akan dilancarkan pada 21 Ogos, dengan tempahan awal turut dibuka pada tarikh yang sama.
Tidak wujud projek menyebabkan setiausaha politik disiasat SPRM - Salahuddin
Beliau berkata, siasatan SPRM terhadap setiausaha politiknya juga telah selesai dan setakat ini tiada sebarang tindakan diambil ke atas lelaki berkenaan.