awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tifoid: 30 peratus warga asing di Malaysia tidak disuntik vaksin

Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
28/10/2015
05:56 MYT
Tifoid: 30 peratus warga asing di Malaysia tidak disuntik vaksin
SUBRAMANIAM: Jika majikan tidak mengambil serius, tindakan tegas akan diambil.
Lebih 30 peratus pekerja warga asing di negara ini didapati tidak diberi vaksin untuk tifoid atau dikenali sebagai demam kepialu.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata majikan patut lebih bertanggungjawab dalam menangani hal tersebut.
"Saya harap majikan yang menggajikan pekerja warga asing mengambil serius hal ini kerana jika tidak, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan," kata Dr Subramaniam.
Tambahnya, selain vaksin, amalan kebersihan yang baik perlu diamalkan bagi mengelakkan penyakit itu daripada merebak.
"Jajaran bakteria ini sentiasa wujud di negara kita tetapi yang paling utama adalah menjaga kebersihan.
"Ini penting supaya kita dapat mengawal penyakit ini," jelas beliau ketika ditemui di luar lobi Parlimen pada Rabu.
Apabila ditanya tentang operasi pemeriksaan kedai makanan, beliau berkata lebih 1,000 premis di kawasan sekitar Kuala Lumpur sudah diperiksa.
"Kita beri peluang kepada mereka untuk mengikut prosedur yang betul dan sekiranya tidak, tindakan akan diambil," kata Dr Subramaniam.
Sebelum ini, beliau sudahpun memberi amaran kepada pengusaha dan peniaga makanan yang menggaji pekerja asing supaya memberikan suntikan tifoid kepada pekerja mereka dalam usaha mengekang penyebaran wabak penyakit berkenaan.
Kementerian Wilayah Persekutuan pula sedia mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menarik semula lesen perniagaan jika ada pengusaha premis yang masih berdegil menggunakan pekerja asing dalam penyediaan makanan.
Pada 18 Oktober lalu, sebanyak 32 kes demam kepialu telah dilaporkan kepada Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL), menurut kenyataan yang dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Topic Berkaitan
#demam kepialu
#pekerja asing
#subramaniam
#tifoid
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan