KUALA LUMPUR: Tiga individu ditemukan mati di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Kampung Baru Ampang di sini.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan kesemua mayat pada 7.31 pagi tadi daripada seorang lelaki tempatan.
Beliau berkata Polis Kontinjen Selangor mengesahkan bahawa Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya menerima panggilan MERS 999 daripada seorang lelaki memaklumkan terdapat kematian di lokasi itu.
"Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati terdapat tiga mayat iaitu satu mayat wanita dewasa berusia 42 tahun, satu mayat remaja perempuan dan satu mayat remaja lelaki masing-masing berumur 14 dan 15 tahun. Kesemua mayat ditemukan dalam keadaan berpakaian lengkap," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Hussein berkata turut dijumpai ialah satu sampul berisi surat wasiat dan sejumlah wang tunai.
Beliau berkata pemeriksaan pasukan patologi forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati keseluruhan ruang pintu dan tingkap bilik di mana kesemua mayat ditemukan ditutup rapat dengan pita pelekat.
Hussien berkata pasukan forensik juga menemukan satu bekas arang dan pencucuh api yang diletakkan di bawah sofa di dalam bilik itu dan tempoh kematian dipercayai melebihi 24 jam.
"Siasatan diteruskan bagi mengenal pasti motif dan mengesan sebarang unsur jenayah sekiranya ada," kata beliau.
Jiran mangsa yang ingin dikenali sebagai Rina, 37, berkata sebelum ini, keluarga itu kelihatan seperti tiada masalah dan tidak pernah mendengar atau melihat sebarang tanda wujud pergaduhan.
"Saya hanya menyedari kejadian itu apabila ingin keluar bekerja pagi tadi dan melihat ramai anggota polis serta unit forensik di lokasi kejadian namun tidak menyangka sebarang kejadian yang tidak diingini.
"Terkejut jugalah bila dapat tahu daripada jiran mengenai kejadian ini. Saya tak sangka ia boleh berlaku sebab sebelum ini, keluarga mangsa nampak okey sahaja," katanya kepada Bernama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 07 2023
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan kesemua mayat pada 7.31 pagi tadi daripada seorang lelaki tempatan. - Gambar fail/BERNAMA
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
RM7 juta diperuntukkan naik taraf 38 tamu desa di Sabah - Ewon
Sebanyak RM7 juta diperuntukkan bagi menaik taraf 38 tapak tamu desa yang telah dikenal pasti di seluruh Sabah
KKDW peruntuk RM290 juta setahun untuk luar bandar Sabah
Peruntukan RM290 juta KKDW untuk kemudahan luar bandar Sabah adalah peruntukan tahunan kementerian itu bagi membantu penduiduk negeri itu.
Saya kehilangan sahabat baik - TPM Fadillah
Menyifatkan mendiang sebagai sahabat baik sejak sekian lama, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Mutang adalah pemimpin Sarawak yang banyak memberi sumbangan sepanjang bergelar Ahli Parlimen Bukit Mas dari 1982 hingga 1990 dan banyak menyatukan Orang Ulu
Mutang akan terus diingati sebagai pemimpin hebat - Premier
Mutang akan terus diingati sebagai pemimpin hebat - Premier
Mutang miliki prinsip ke arah reformasi Parlimen - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan negara kehilangan individu yang sangat serius dalam usaha reformasi Parlimen dengan pemergian Yang Dipertua Dewan Negara mendiang Senator Datuk Mutang Tagal .
Gerawat Gala sebak kehilangan teman sejati
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Gerawat Gala tmenyifatkan Datuk Mutang Tagal yang dikenalinya sejak zaman persekolahan lagi.
Majlis penghormatan terakhir untuk Mutang pada Ahad
Jasad Datuk Mutang Tagal dijangka tiba di Miri pada jam 10.30 pagi Ahad dan akan terus dibawa ke Gereja Bem Jalan Airport untuk upacara penghormatan terakhir.
Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran manifestasi komitmen kerajaan martabat agama Islam
Penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1445 Hijrah/2024 Masihi lambang manifestasi komitmen kerajaan memastikan syiar Islam terus dipertahan.
Lima kenderaan rosak ditimpa pokok tumbang
Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan, hanya lima kenderaan rosak akibat ditimpa pokok berkenaan selain pagar bangunan itu turut rosak.
Percutian keluarga berakhir tragedi, tiga beranak lemas di Batang Kali
Kegembiraan sebuah keluarga bermandi-manda di hujung minggu berakhir tragedi apabila tiga beranak lemas dalam kejadian di Batang Kali.
Polis kesan tiga sekeluarga bantu siasatan kes dadah
Polis Diraja Malaysia sedang mengesan tiga sekeluarga bagi membantu siasatan berhubung kes dadah.
Tiga beranak ditemukan mati di kediaman mereka di Ampang
Tiga individu ditemukan mati di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Kampung Baru Ampang.
Tiga beranak didakwa dera kanak-kanak perempuan lima tahun
Pasangan suami isteri dan anak mereka mengaku tidak bersalah dera mangsa menggunakan rotan, memukul, menendang serta simbah air panas.
Jenazah tiga beranak lemas berpelukan selamat dikebumi dalam satu liang
Jenazah tiga beranak yang lemas di Sungai Muda berhampiran Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani-Baling selamat dikebumikan petang tadi.
Jenazah tiga beranak lemas berpelukan akan dikebumi di Alor Setar
Ahli keluarga sedang menanti proses bedah siasat selesai termasuk keputusan COVID-19 untuk membawa pulang ketiga-tiga jenazah ke kampung di Alor Setar.
Ibu, 2 anak usia 5 dan 7 tahun dikhuatiri lemas kereta terjunam ke sungai
Polis mengesahkan tiga beranak dikhuatiri lemas selepas kereta yang dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di Jambatan Pantai Cicar, Kuala Ketil, hari ini.
Tiga beranak edar dadah bernilai RM2.18 juta ditahan
Sekiranya dadah-dadah berkenaan terlepas di pasaran ia boleh digunakan oleh setengah juta orang.
Bantuan bakul makanan ringankan beban hidup tiga beranak
Penduduk di daerah Kuala Pilah yang terjejas pendapatan dialu-alukan datang ke pejabat Pusat Khidmat Rakyat Kuala Pilah.
Tiga beranak maut, kenderaan SUV bertembung bas
Tiga beranak maut setelah kenderaan Utiliti Sukan (SUV) yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas.