awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengakap Malaysia anjur program nasional dan antarabangsa pada 2026
Semangat kerjasama, kebersamaan bantu Malaysia mendepani pelbagai cabaran ekonomi - Fadillah
CP500 dikeluarkan berdasarkan pelaporan pembayar cukai dalam BNCP - LHDN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga cadangan CAP tangani isu harga barang tinggi

Israr Khalid
Israr Khalid
27/01/2023
04:39 MYT
Tiga cadangan CAP tangani isu harga barang tinggi
Penanaman sayur di rumah dapat kurangkan perbelanjaan di pasar. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kadir menganjurkan tiga cadangan untuk negara dan rakyatnya berupaya menangani isu kenaikan harga barang.
Pertama, kerajaan perlu mengurangkan pengimportan makanan dan menggandakan penghasilan dalam negara.
“Kita import lebih kurang 70 pratus daging dari luar, sayur pun kita import dari Thailand, tambah lagi rempah-ratus - semua kita import.
“Polisi pertanian kita perlu dikaji untuk menggalakkan pelaburan dalam pertanian dan penternakan supaya kita boleh menambah pengeluaran daging, sayur dan bahan-bahan mentah yang kita perlukan.”
Kedua, kita rakyat Malaysia harus elakkan daripada melakukan pembaziran, kerana pembelian berlebihan daripada keperluan menyebabkan kesuntukan bekalan di pasaran, akhirnya tidak habis digunakan, ketika ramai yang memerlukannya.
“Pembaziran merupakan satu punca kenaikan harga barang-barang.”
Ketiga, kita harus lebih galak untuk berjinak-jinak dalam penanaman di rumah sendiri untuk menyokong keperluan sayuran kita.
“Kita boleh tanam macam sayur-sayuran di rumah, dengan itu kita boleh kurangkan perbelanjaan kita di pasar,” katanya dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.
Tiga cadangan CAP tangani isu harga barang tinggi
Topic Berkaitan
#Dialog Tiga Penjuru
#Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang
#CAP
#Harga Barangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan