Sekurang-kurangnya tiga dilaporkan cedera dalam insiden berbalas tembak dekat Houston, Amerika Syarikat.

Kejadian berlaku di sebuah kolej komuniti, di utara bandar Houston.

Salah seorang daripada mangsa yang terkena tembakan, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal kerana diserang sakit jantung.

Pihak berkuasa tempatan mengesahkan, suspek kejadian berjaya ditahan.

Dalam laman Twitter rasmi, pengurusan kolej Lone Star College System mengesahkan kejadian.

Sejurus selepas insiden, ia mengeluarkan amaran dalam laman webnya meminta pelajar yang berada dalam kawasan kolej supaya mencari perlindungan ke tempat selamat.

Manakala pelajar yang dalam perjalanan dinasihat menjauhi kawasan kampus.

Keganasan senjata terbaru kali ini, berlaku selepas sebulan serangan lelaki bersenjata ke atas sebuah sekolah di Newton, Connecticut yang mengorbankan 20 nyawa.