awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
Polis tumpaskan aktiviti pelacuran warga Afrika di Bukit Bintang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga dipercayai sekeluarga maut MPV bertembung lori

Sinar Harian
Sinar Harian
15/09/2023
20:00 MYT
Tiga dipercayai sekeluarga maut MPV bertembung lori
Keadaan kenderaan dinaiki mangsa setelah terlibat nahas di Km 154, Jalan Jerangau-Jabor dekat persimpangan Cheneh-Mak Lagam, di Kemaman, petang semalam. - Foto Sinar Harian
KEMAMAN: Tiga individu dipercayai sekeluarga maut setelah kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer (km) 154, Jalan Jerangau-Jabor dekat persimpangan Cheneh-Mak Lagam, di sini, pada petang Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, nahas berlaku kira-kira jam 2 petang itu menyebabkan seorang lelaki dewasa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua yang lain meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kemaman.
Jelas Hanyan, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku setelah kenderaan jenis Naza Citra yang dinaiki lima individu tersebut bertembung dengan sebuah lori.
“Pihak polis sedang mengenal pasti kesemua identiti dan pertalian antara mangsa,” katanya ketika dihubungi, di sini pada petang Jumaat.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Hafiezul Mohamad berkata, lapan anggota bomba dikerahkan ke lokasi itu sebaik menerima panggilan kecemasan.
"Kita mengambil masa kira-kira 45 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk penumpang hadapan dengan menggunakan alat khas untuk memotong besi kenderaan.
“Difahamkan, terdapat lima orang mangsa dalam kenderaan itu dan sebaik pasukan tiba, penumpang lain telah dibawa ke hospital dan ketika itu tinggal seorang mangsa yang masih tersepit” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#MPV
#kemalangan maut
#Kemaman
#Jalan Jerangau-Jabor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan