Skip to main content

Malaysia

Tiga gajah Malaysia di Jepun rekod peningkatan berat badan - MPT

Kesemua gajah berkenaan dilaporkan menyesuaikan diri dengan baik di habitat baharu. Untuk berita terkini Sinar Harian, ikuti di Telegram dan TikTok kami TAIPING - Tiga gajah Malaysia iaitu Dara, Amoi dan Kelat (DAK) yang ditempatkan di Tennoji Zoo, Osaka, Jepun berada dalam keadaan sihat dan aktif dengan mencatatkan peningkatan berat badan yang positif.  Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Mohamed Akmal Dahalan berkata, berdasarkan laporan pemantauan dan penilaian veterinar terkini_Sinar
Berat Kelat meningkat 260 kilogram, manakala berat Dara dan Amoi masing-masing bertambah 35 kilogram serta 30 kilogram berbanding sebelum ini. - Sinar Harian
Advertisement

IPOH: Tiga ekor gajah Dara, Amoi dan Kelat (DAK) yang ditempatkan di Zoo Tennoji, Osak, Jepun terus menunjukkan perkembangan positif apabila masing-masing merekodkan peningkatan berat badan selain berada dalam keadaan sihat dan aktif.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Mohamed Akmal Dahalan berkata laporan terkini yang diterima daripada Zoo Tennoji memaklumkan berat Kelat meningkat 260 kilogram, manakala berat Dara dan Amoi masing-masing bertambah 35 kilogram serta 30 kilogram berbanding sebelum ini.

“MPT juga ingin menjelaskan bahawa diet harian gajah di Zoo Tennoji adalah lengkap dan seimbang serta disediakan mengikut keperluan nutrisi spesies oleh pasukan penjaga haiwan dan dipantau oleh pegawai veterinar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamed Akmal berkata makanan yang diberikan terdiri daripada pelbagai jenis rumput kering berkualiti sebagai sumber serat utama, di samping pucuk buluh, rumput segar, kubis, pelbagai jenis pelet yang diformulasikan khusus untuk gajah.

Beliau berkata pihaknya akan terus melakukan pemantauan dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia bagi memastikan kebajikan, kesihatan serta pengurusan gajah sentiasa berada pada tahap terbaik.

“MPT juga sentiasa memberikan kerjasama penuh kepada mana-mana pihak berkuasa dalam sebarang semakan, siasatan atau permintaan maklumat berkaitan program ini sebagai sebahagian daripada komitmen terhadap ketelusan dan akauntabiliti,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata MPT menghormati hak masyarakat untuk menyuarakan pandangan serta kebimbangan berhubung kebajikan haiwan berkenaan namun sebarang dakwaan perlu bersandarkan kepada fakta, maklumat yang sahih serta penilaian profesional.

Mohamed Akmal berkata ia bagi mengelak timbulnya salah faham yang boleh menjejaskan usaha konservasi hidupan liar negara dan hubungan kerjasama antarabangsa yang telah terjalin.

DAK kini ditempatkan di Zoo Tennoji di bawah perjanjian kerjasama antarabangsa yang dipersetujui antara zoo berkenaan dengan Zoo Taiping & Night Safari yang diwakili MPT pada 19 Mei 2022 dan 6 Okt 2022.

Perjanjian antara kedua-dua pihak itu juga adalah bagi tempoh 25 tahun.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement