awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khidmat polis bantuan tidak boleh disalah guna, dikomersialkan - Bukit Aman
'Nasib bangsa bila rambut ditarik orang' - Syed Ali
Indonesia, AS capai persetujuan perdagangan, Prabowo dijangka meterai perjanjian dengan Trump Jan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga hari padam kebakaran tapak pelupusan sampah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
01/03/2020
14:12 MYT
Tiga hari padam kebakaran tapak pelupusan sampah
Antara anggota bomba yang bertugas memadamkan kebakaran. - JBPM
Akibat perbuatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu, anggota bomba terpaksa bertungkus lumus selama tiga hari bagi memadam kebakaran di tapak pelupusan sampah di Batu 3, Jalan Tanjung Tualang di sini.
Kebakaran dipercayai bermula kira-kira jam 12.35 tengah hari Jumaat lalu membabitkan keluasan 1.6 hektar.
Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohd Khairul Jamil berkata, seramai 46 anggota termasuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) bertungkus-lumus mengawal dan memadam kebakaran berkenaan.
Menurutnya, operasi tiga hari itu melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah, Simpang Pulai, Pasir Puteh selain PBS Tanjung Tualang, Langkap, Teluk Intan, Pekan Baru, dan Menglembu.
“Kami turut menggunakan dua lori tangki berkapasiti 20,000 liter untuk memadam kebakaran keseluruhan seluas 2.28 hektar itu," katanya pada Ahad.
Mohd Khairul berkata, mereka menggunakan teknik 'fire break' bagi mengawal kebakaran daripada merebak di samping kaedah 'banjir' dengan menggunakan lebih 100,000 liter air.
"Selain cuaca panas, jumlah sampah yang banyak menyebabkan kebakaran pantas merebak tetapi api berjaya padam sepenuhnya hari ini (Ahad),” ujarnya.
Bagaimanapun, katanya, anggota bomba masih berada di lokasi kejadian bagi memantau keadaan semasa.
“Punca kejadian dipercayai akibat perbuatan individu yang disengajakan dan kita serahkan perkara itu kepada pihak berkuasa,” kata beliau.
Menurutnya, tapak pelupusan itu kemudiannya diserahkan semula kepada Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) bagi proses penambakan dengan tanah.
Topic Berkaitan
#bomba
#cuaca panas
#jalan tanjung tualang
#JBPM
#kebakaran
#Perak
#tapak pelupusan sampah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan