Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini memaklum terdapat tiga kluster baharu dikesan di negara ini pada Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ia masing-masing membabitkan kluster restoran di Brickfields, Kuala Lumpur; kluster rumah kongsi Sepang, Selangor; serta kluster Jeti Kuching, Sarawak.

Berikut tumpuan kenyataan media KKM:

1. Sebanyak 15 kes baharu dilaporkan di negara ini setakat Ahad, menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 meningkat kepada 8,779 kes.

2. Sebanyak tujuh kes sembuh sepenuhnya, dan dibenarkan discaj. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 8,553 kes atau 97.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

3. Satu kematian baharu berkaitan COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 123 kes atau 1.40 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

4. Kementerian Kesihatan memaklumkan tiga kluster baharu di kesan di negara ini pada Ahad.

5. Tiga kluster tersebut adalah sebuah restoran di Brickfields, Kuala Lumpur; kluster rumah kongsi Sepang, Selangor; dan kluster jeti Kuching, Sarawak.