GOPENG: Tiga lagi Pusat Pengumpulan dan Pengagihan Makan (DC) Food Bank Malaysia akan diwujudkan di Johor, Melaka dan Kelantan sebagai inisiatif peduli rakyat yang diterajui oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pusat berkenaan dicadang dibuka dalam masa terdekat ialah di Zon Selatan di bandar raya Johor Bahru dan bandar raya Melaka manakala di Kota Bahru mewakili Zon Pantai Timur.
Kini terdapat sebuah pusat pengumpulan sedia ada di Kajang, Selangor bagi Zon Tengah.
"Kementerian mengalu-alukan penyertaan daripada pelbagai pihak untuk bekerjasama dengan KPDNHEP melalui Sekretariat Food Bank Malaysia bagi memanfaatkan pengoperasian Pusat DC Food Bank ini dan diharap lebih ramai tampil untuk bersama-sama menjayakan inisiatif ini untuk membantu golongan kurang berkemampuan terutamanya golongan B40," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena lawatan ke Pusat Pengumpulan dan Pengagihan Makanan Food Bank Malaysia Zon Utara di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini hari ini.
"Untuk makluman, bermula sejak 2018 salah satu program berbentuk tanggungjawab sosial yang diterajui oleh kementerian ini adalah Program Food Bank Malaysia," katanya.
Menurut beliau sehingga 28 Sept lepas, seramai 630,754 orang dari golongan B40 serta 19,954 pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) telah menerima manfaat daripada inisiatif food bank itu di seluruh negara.
Beliau berkata sesi lawatan kerja pada hari ini juga merupakan suntikan semangat kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Program Food Bank Malaysia bagi memastikan inisiatif itu dapat membantu meringankan kos sara hidup masyarakat yang terbeban melalui pelbagai sumbangan makanan.
"Usaha ini dapat dimanifestasikan dengan bukti keprihatinan kerajaan dan usaha-usaha syarikat swasta dalam membantu dan meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan," katanya.
Pusat DC Food Bank Malaysia Zon Utara itu merupakan jalinan kerjasama strategik antara KPDNHEP, Rakan Strategik Utama Program Food bank Malaysia, Kumpulan Legasi Z Sufi dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dalam mewujudkan hub berpusat bagi pengumpulan dan pengagihan sumbangan dan lebihan makanan melalui konsep food bank.
Terdahulu, beliau meninjau pelaksanaan Program Vaksinasi Industri Peruncitan (PPVIN RiVAC) di AEON Midtown Falim di Ipoh yang diberikan terhadap petugas sektor ekonomi dan peruncitan yang bermula 7 Sept lepas hingga 5 Okt ini.
Katanya sehingga 28 Sept lepas, seramai 55,989 pekerja barisan hadapan sektor peruncitan telah menerima vaksin dos pertama manakala seramai 48,245 orang telah lengkap dos kedua melalui 10 PPVIN RiVAC di seluruh negara.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Oct 02 2021
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pusat berkenaan dicadang dibuka dalam masa terdekat ialah di Zon Selatan di bandar raya Johor Bahru dan bandar raya Melaka manakala di Kota Bahru mewakili Zon Pantai Timur. - Gambar fail
Premis MARA dijadikan stor, tidak dibuka diberi notis dua bulan pengosongan - Asyraf
Premis-premis Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dijadikan stor atau tidak dioperasikan seperti dalam perjanjian, akan diberi notis dua bulan untuk dikosongkan.
10 Berita Pilihan - (10 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PRK KKB: Jangan bimbang keluar mengundi kerana keselamatan terjamin - KP Selangor
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ini kerana keselamatan dan ketenteraman awam adalah terjalin.
Malaysia sedia perkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran Lawrence Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia bersedia untuk terus memperkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran bakal Perdana Menteri republik itu yang baharu, Lawrence Wong.
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 gegarkan timur Taiwan
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 melanda pesisir pantai Daerah Hualien di timur Taiwan pada pukul 3.45 petang Jumaat.
AWANI Tonight: Survey predicts PH to retain KKB seat
Pakatan Harapan will likely retain the Kuala Kubu Bharu seat in Saturday’s by-election, according to a survey by Ilham Centre.
AWANI Tonight: Harnessing AI to Enhance Primary Education
Dr Sia Chin Chin from Taylor's University shares insights on effectively integrating AI education to enhance learning outcomes in primary schools.
AWANI Tonight: 10 May 2024
#AWANITonight with @cynthiaAWANI
1. Kuala Kubu Bharu: Survey predicts PH to retain seat
2. Spain, Ireland to recognise Palestinian state on May 21
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Kuala Kubu Bharu: Survey predicts PH to retain seat
2. Spain, Ireland to recognise Palestinian state on May 21
#AWANIEnglish #AWANINews
Syed Saddiq mohon pelepasan sementara pasport untuk ke Singapura dan Taiwan
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah memfailkan permohonan bagi pelepasan sementara pasportnya untuk membolehkan beliau ke Singapura dan Taiwan.
Beratur panjang demi daging RM18 sekilogram
Orang ramai sanggup berbaris panjang sebelum pukul 7 pagi tadi untuk membeli daging lembu segar yang dijual dengan harga runtuh RM18 sekilogram (kg) di sebuah gerai di Kampung Gong Kemuntong di sini.
Rombakan Kabinet: Kembali ke KPDN? Saifuddin enggan komen
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail enggan memberi sebarang komen mengenai desas-desus yang mengatakan beliau akan kembali menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Bekalan minyak masak: Ahli perniagaan didakwa 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu
Dia didakwa atas 16 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM258,426 berhubung pembekalan minyak masak sawit kepada KPDNHEP.
Wanita didenda RM20,000 jual kotak TV android
Seorang wanita didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menjual kotak TV android yang mengandungi kandungan yang tidak dibenarkan.
Naikkan harga gula: "Nangis air mata darah pun saya tak akan kompromi" - Salahuddin
Kerajaan sekali lagi menegaskan tidak akan membuka sebarang ruang kompromi terhadap pihak yang sengaja menaikkan harga jualan gula biasa.
Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin
Bekalan makanan di negeri terjejas banjir masih stabil dan terkawal setakat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan ke atas sebuah premis di Telok Panglima Garang, Selangor semalam.
Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi
Seorang lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan menyeleweng minyak diesel subsidi ditahan bersama lori dan bahan api membabitkan nilai keseluruhan RM75,817.
KPDNHEP kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Peranan utama kementerian itu bertanggungjawab mengharmonikan ekonomi negara.
Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis'
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata, pembeli membuat aduan dan peniaga terbabit juga telah dipanggil untuk siasatan lanjut.
Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan
Harga runcit maksimum minyak masak bagi tempoh 8 Dis 2022 hingga 7 Jan 2023 kekal pada RM6.90 sekilogram, RM13.30 bagi dua kilogram (kg), RM19.60 bagi tiga kg dan RM30.90 bagi lima kg.