awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lelaki ditahan disyaki melombong bijih besi secara haram di Rompin

Bernama
Bernama
02/05/2025
02:50 MYT
Tiga lelaki ditahan disyaki melombong bijih besi secara haram di Rompin
Peralatan serta jentera digunakan untuk melombong yang dianggarkan bernilai RM1.25 juta turut dirampas. - Foto Facebook/Briged Tenggara PGA Rasmi
KUANTAN: Tiga lelaki termasuk dua warga Bangladesh ditahan kerana disyaki melombong bijih besi secara haram di Sungai Ganoh, Hutan Simpan Bukit Ibam Muadzam Shah, Rompin, Selasa lepas.
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara dalam hantaran di Facebook memaklumkan mereka ditahan oleh petugas Batalion 7 PGA dengan kerjasama Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) dalam Op Bersepadu Khazanah pada 3 pagi.
"Hasil pemeriksaan mendapati kegiatan melombong dilakukan dua lelaki warga Bangladesh, dan pemilik lombong yang merupakan lelaki tempatan gagal menunjukkan lesen pelombongan bijih besi yang sah. Warga Bangladesh itu juga tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah," menurut hantaran itu.
Beliau berkata suspek yang ditahan berumur 40 hingga 50 tahun, dan kes disiasat mengikut Seksyen 159 dan 137(a) Akta Enakmen Mineral Negeri 2001 dan Seksyen 55B serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Peralatan serta jentera digunakan untuk melombong yang dianggarkan bernilai RM1.25 juta turut dirampas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lombong bijih besi
#Sungai Ganoh
#warga asing
#PGA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami